Selasa, Disember 28, 2010

tidak sihat

Panas, pening kepala, berpeluh, dan lemah.

Oh demam!

Aku cuti kerja hari ini disebabkan deman. Apa pon aku tak larat nak buat, kalau menulis boleh la. Yang pastinya aku tak suka situasi sebegini.

Harap - harap esok aku sihat seperti sediakala ooo.. la la la.

p/s: makan pil chit kit teck aun boleh baik dak? (gelak)

Isnin, Disember 27, 2010

tak suka jadi suka

Pulang dari kerja, terus aku meng "update" blog. Konon - kononnya takut pembaca blog marah la sebab tak update lama dah.

Macam la aku ada follower. Cis!

Ok. tadi ketika kerja, aku keseorangan membuat kerja. Macam biasa la, macam hari - hari aku dok selalu buat. Tapi bila datangnya pakcik tu, aku akan jadi kurang suka. Bermakna aku kurang senang la. Paham?

Hari ini. bila pakcik tu datang bersembang, melawak, aku jadi senang pulak. Tidak seperti yang sebelumnya. Entahlah kenapa dan mengapa.

Adakalanya orang yang kita tak suka boleh jadi suka. Macam situasi aku sekarang ni la.

Dapat? Ok. Aku nak keluar.

Khamis, Disember 23, 2010

lupa tajuk

Arghh! Lupa pulak!

Kadang - kadang kita selalu terlupa sesuatu perkara yang kita nak buat. Contohnya macam sekarang ni la.

Apa?

Aku lupa apa yang ingin aku taip di atas papan kekunci ni. Nak "refreshing" sebentar.

Ok. macam ni la.

Kita bersambung nanti pulak sebab otak ini masih "blurr" bak kata budak - budak sekarang.

Sori!

Isnin, Disember 20, 2010

mengeratkan silaturrahahim

Gatal, sedang menggaru.

Sudah.

Hujung tahun ni penuh dengan aktiviti sepertinya kenduri. Ada yang berkahwin, ada yang membuat majlis kesyukuran dan ada yang macam - macam majlis la.

Cerita lagi.

Aku ingin ceritakan tentang pengalaman aku ketika menjadi "mentara" masa kenduri rumah jiran aku kelmarin. Penat memang penat, letih memang letih, tapi seronok.

Apa yang seronoknya? Seronok sebab ramai "awek"? gelak.

Bukan itu saja, tapi aku seronok kerana selama aku hidup berjiran, jarang aku bercakap dengan jiran - jiran aku. Bukan bermakna aku sombong, tapi kurangnya berinteraksi. Tetapi pada hari kenduri, Alhamdulilah, aku bertegur sapa dengan jiran - jiran. Bergotong royong bersama - sama.

Itulah kelebihan jika kita betul - betul menghayati kenduri itu.

p/s: Selamat pengantin baru.

Khamis, Disember 02, 2010

kehidupan sebenar aku

Aku sudah membuat keputusan yang aku inginkan kehidupan seperti sekarang, aku mahukan kebebasan hidup, dan menikmati hidup ini dengan sepuas - puasnya. Masih banyak lagi yang perlu aku lakukan demi impian hidupku.

Banyak yang aku rancang untuk tempoh hidup aku di muka bumi ini, dan sekarang aku ingin laksanakan satu per satu.

Setiap apa yang aku lakukan adalah untuk memenuhi kehendak diri aku. Ianya satu kepuasan.

Aku tidak akan sesekali menjadi bukan diri aku yang sebenar!

Maafkan aku Oh Ayah dan Oh Ibu kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian.

Rabu, November 24, 2010

apabila musim kenduri

Hujung tahun penuh la kenduri - kendara sana - sini, hinggakan perut pon tak boleh menampung makanan. begitulah kisahnya di musim kenduri ni.

Bukannya apa, aku sekadar nak cerita tentang kenduri ni sikit boleh? Dengar je la.

Kenduri ni ada macam - macam acara, kahwin la, sunat la, apa - apa la. Ini aku nak cerita pasal kenduri kahwin, biasa la ada pengantin lelaki, dan ada pengantin perempuan. Sekarang ni aku selalu konfius siapa pangantin dan siapa tetamu, sebabnya tetamu pun pakaiannya mengalahkan pengantin, lagaknya juga. Tak gitu?

Biasa la, sekarang ni kan zaman maju, zaman moden, semuanya dah berfesyen sama macam aku jugak la. Tapi janganlah sampai kita menjadi hamba kemodenan dan kemajuan sekarang.

p/s: Aku baru balik dari Kuala Lumpur, kali terakhir aku ke sana ketika masih kecil. Aku seperti "kambing masuk bandar". Betul ka peribahasa tu? Hentam je la.

Isnin, November 08, 2010

mahu jadi superman

Ok lah tuan - tuan dan puan - puan yang sedang menonton dirumah, masakan kita pada episod kali ini adalah kari kepala ikan (macam dialog dalam tv la pulak).

Seterusnya.

Aku ada cerita sikit, cerita betul bukan main - main, bukan rekaan. Sebenarnya...

Aku nak jadi seperti superman, boleh terbang, jadi kuat, boleh tengok menembusi dinding (bukan untuk kejahatan), dan macam - macam lagi la. Yang penting tujuan aku untuk selamatkan orang yang dalam kesusahan dan menegakkan keadilan. Dapat?

Agak - agak aku ni gila ka atau masih waras? Argh! pedulikan.

Sabtu, November 06, 2010

banjir

Di sana air, di sini air,
air di merata - rata,
ia datang berlumba - lumba,
air itu sangat bahaya,

Kuasa tuhan semuanya,
ia datang dengan perintah-Nya,
ia pergi pun dengan perintah-Nya,
Allah Maha Berkuasa,

Itu semua sekadar peringatan,
supaya sentiasa beringat,
bahawa di dunia ini hanya sementara,
akhirat selama - lamanya,

itulah tanda - tanda kiamat.

p/s: Janganlah bermain air ketika banjir, dan jagalah kesihatan anda semua.

Khamis, Oktober 28, 2010

rezeki ada di mana - mana

Rezeki ni ada di merata tempat, cuma kita saja yang perlu mencarinya. Ada juga rezeki di depan rumah, ada juga kat padang bola, ada juga di tepi jalan, dan di merata tempat.

Selanjutnya.

Usahlah kita merendah - rendahkan sesuatu pekerjaan yang mungkin ganjarannya sedikit, atau kerja itu mungkin perlu kita kotor (tidak kemas).

Ada juga yang bekerja dengan kerajaan, dan ada yang tidak. Kerja dengan kerajaan akan dapat banyak kelebihan dari segi pinjaman, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, wang pencen dan macam - macam lagi. Bagi yang bekerja sendiri, mereka akan dapat hasil dengan seberapa banyak mereka usahakan, jika usaha lebih maka mereka akan dapat hasil yang lebih dan juga kepuasan diri sendiri.

Jika kita semua perlu bekerja dengan kerajaan, siapa yang akan bekerja sendiri? siapa yang akan buka gerai di tepi jalan? siapa yang akan buka gerai jual air?

Hidup ini kita tidak tahu bila akan mati. Kita buat la apa yang memuaskan diri kita, dan janganlah biar orang mengawal hidup kita.

p/s: Aku tetap dengan pendirian aku.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Fuh! sudah selesai mengemas

Fuh! sudah selesai akhirnya. Apa yang selesainya?

Aku selesai mengemaskan bilik tempat aku tidur, tempat aku menyanyi, tempat aku gelak seorang diri, tempat aku berehat, tempat aku buat macam - macam perkara. Bilik aku kecil sahaja, hanya muat untuk diri aku yang kurus ini dan sedikit aksesori tambahan seperti almari pakaian.

Sudah lama aku tidak mengemas, maklum la aku sekarang ni sibuk (malas la). Tapi bila aku mengemas, aku akan kemas betul - betul sehingga tiada satu pon kotoran yang tertinggal (macam iklan dalam tv la pula).

Selanjutnya.

Bilik sudah bersih, jadi tunggu apa lagi? tidur terus la wahai kawan - kawan.

Selamat berehat.

Jumaat, Oktober 22, 2010

wahai putih

Di pagi hari.

Hari - hari yang lepas tiada tanda - tanda yang mencurigakan, dia teriak seperti biasa. Bila dia teriak bermakna dia lapar ataupun dia mahu bermain dengan orang sekeliling yang dia lihat.

Tapi, tadi dia hanya termenung sahaja. Setiap kali aku lalu dia akan perhatikan aku, dia seperti mahu memberitahu aku sesuatu. Dia tidak seperti hari - hari sebelumnya.

Aku tidak mengesyaki apa - apa. Seterusnya.

Ketika petang menjelang, aku ketika itu mahu keluar. Aku perhatikan keadaan dia waktu itu seperti ketiduran, apabila aku memerhatikan sekali lagi dia sudah tidak bernyawa, aku pegang dia, aku periksa keadaan dia. Tapi itu semua tidak boleh menghidupkan dia semula. Sangat sedih.

Menyesal! aku sangat menyesal! kenapa aku tidak bawa dia ke klinik lebih awal! kenapa mesti aku melengah - lengahkan!

Dia ialah haiwan yang aku jumpa iaitu anak kucing. Aku jumpa di tepi jalanraya yang ketika itu kakinya sudah patah dilanggar kenderaan. Tapi kini anak kucing itu sudah tiada.

Sabtu, Oktober 09, 2010

kereta tolak

Semalam adalah hari pengambilan "kereta tolak" baru yang sudah siap dibikin hampir setahun? lamanya? biasalah kalau orang melayu yang buat.

"Kereta tolak" yang baru ini lebih canggih dari yang lama dan kebanyakan/kebanyakkan bahan yang digunakan adalah tahan karat atau "stainless steel". Walaupun mahal tapi ia berbaloi untuk digunakan dalam tempoh yang lama.

Kini masanya untuk aku mengambil alih perniagaan yang sudah lama ayah aku menceburinya. Aku perlu lebih matang dan rajin bekerja di masa hadapan kelak. Berehatlah wahai ayahku!

Terima kasih kepada kawan - kawan yang banyak membantu dalam cerita ini. Terima kasih banyak - banyak!

kredit untuk "Alor Star Street Bike dan kawan - kawan"

p/s: kereta tolak adalah stor untuk menjual makanan.

Jumaat, Oktober 01, 2010

sekadar mencuba

Setakat ini hidup aku seperti biasa. Ala, macam cerita dalam tv tu.

Hidup mesti ada masalah, mesti ada kawan, mesti ada duit, mesti ada perasaan barulah dikatakan hidup, betul ka? Ah, lantak la semua tu!

Sekarang ni aku sakit perut. Entah kenapanya begini jadinya. Tadi aku lepak kat kedai makan dengan kawan - kawan sambil menonton cerita "Traitor", cerita orang putih. Lepas habis ja terus semua balik ke sarang masing - masing. Balik pulak terus buka internet.

Sebenarnya aku cuma nak testing (mencuba) saja buka internet sebab 2, 3 hari kebelakangan ni internet rumah aku tak dapat line. Ni cuma sekadar mencuba dan tiba - tiba jeng jeng jeng (musik latar belakang) boleh pulak.

Ok lah, sembang banyak - banyak pun bukan ada isi sangat apa yang aku tulis ni, semuanya kosong saja.

Tammat!

Isnin, September 27, 2010

kucing yang tidak berguna

Malam jumaat lepas ketika aku dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja aku telah menjumpai sebuah binatang yang dipanggil anak kucing. Aku memberhentikan kenderaanku yang digelar motorsikal ditepi jalan yang suram tanpa bunyian kenderaan ketika itu.

Seterusnya.

Anak kucing itu telah patah kakinya. Kesian aku melihat keadaannya yang seperti dalam kesakitan (ternyata memang sakit). Aku tidak tergamak membiarkan lalu membawanya pulang bersamaku.

Aku lakukan apa yang patut untuk merawat kakinya itu. Beberapa hari kemudian aku membawa anak kucing itu pergi ke kelinik (Klinik). Doktor mengesahkan anak kucing itu hanya mengalami patah kaki dan perlu memotong kakinya untuk dibuat sup! (aku tipu saja). Anak kucing itu patah kedua kaki belakang dan doktor sudah memberikan ubat yang sesuai.

Sekarang kucing itu masih belum boleh gerakkan kaki belakangnya. Dia tidak boleh bergerak langsung dan hanya berteriak untuk mendapatkan perhatian, sungguh sedih.

Kemudian.

Aku tertanya - tanya bagaimana kucing itu boleh ada di jalanraya bersendirian? Atau dia dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang seperti membuang bayi bernyawa?

p/s: Siapa yang tidak mampu membela atau menjaga kucing, buanglah mereka di tempat yang mereka boleh hidup seperti Pasar Borong atau tempat yang ada banyak makanan dan kurangnya risiko. Kalau tak boleh jugak sembelih lah ia dan masak lomak cili api!

Isnin, September 13, 2010

cerita di bulan Syawal

Sudah lama aku menyepikan diri disamping sibuk dengan urusan duniawi. Maklumlah hujung bulan Ramadhan sibuk dengan persiapan, selepas habis Ramadhan sibuk dengan rumah terbuka pula (makan, makan, makan).

Seterusnya.

Macam biasa, setiap Syawal pertama mesti kita akan beraya di rumah saudara kita yang sudah lama tidak bertemu. Hidangan ketika raya mestilah ketupat, kuih raya, lemang, rendang, dan berbagai - bagai. Itulah lumrah ketika kita beraya.

Tiada lagi cerita yang menarik untuk diceritakan, jadi aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali diriku ini jika ada salah dan kesilapan selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Khamis, September 02, 2010

seorang kesangapan

Selepas seorang, datang seorang. Selepas pergi seorang datang lagi seorang yang baru. Habis bila masa pula aku boleh bermain?

Aku sudah tidak tahan lagi, aku mahu melepaskan geram sepuas - puasnya dengan kau! Mereka selalu mahukan engkau. Aku membeli engkau untuk aku dan bukan untuk makhluk lain bermain. Mereka itu sememangnya dari golongan yang tidak mengerti perasaan orang lain. Mereka hanya mementingkan diri sendiri.

Cis! Pergilah kau wahai orang yang mementingkan diri sendiri!
Aku punya perasaan seperti manusia lain!
Jangan kau datang lagi kepadaku!

Jumaat, Ogos 27, 2010

jentera yang jahat!

Selama ini aku hanya mendengar saja bahawa kereta kau sungguh laju, sungguh dasyat dan sungguh menggerunkan pada setiap manusia yang menaikinya. Apabila dicerita begitu, aku membuat keputusan untuk merasa seperti yang mereka rasakan.

Sudah sekian lama mendengar, akhirnya aku boleh juga rasakan seperti yang mereka rasakan nikmat sebuah jentera yang diubahsuai untuk tujuan kelajuan yang maksima.

Jentera itu kelihatan seperti besi buruk yang sudah lama terbiar, warnanya hitam sebam, jenisnya dari model mitsubishi, apabila dihidupkan bunyinya seperti jet. Kuasanya memang sangat laju dan terlalu laju.

Walaupun aku hanya penumpang, aku sangat berbesar hati kerana dapat merasai pengalamannya. Tiada kata - kata yang dapat menggambarkan betapa nikmatnya berada di dalam jentera yang laju walaupun perasaan takut masih ada.

p/s: Anei memang terbaik dari ladang.

Ahad, Ogos 15, 2010

selamat hari lahir

Dari kecil kau menjagaku,
Dari tidak boleh bergerak hingga merangkak kau menjaga aku,
Dari merangkak ke berjalan kau pimpin aku,
Dari aku tidak boleh bercakap, kau mengajarku hingga petah berkata - kata,

Tapi bila aku sudah dewasa,
Aku tidak berjalan untuk membalas budimu,
Aku berkata - kata semata - mata untuk melawanmu,
Itu yang aku lakukan untumu,
Tapi engkau tetap baik terhadapku,

Maafkan aku Oh Ayah!

Selamat Hari Lahir dan semoga hidup diberkati Allah s.w.t.

Selasa, Ogos 10, 2010

Syaaban terakhir

Sepatutnya hari ini adalah hari yang gembira kerana keesokan harinya adalah bulan Ramadhan. Tetapi ada sedikit permasalahan yang tidak diingini berlaku pada hari ini. Aku menganggap ini adalah sebagai DugaanNya yang telah ditakdirkan untuk UmatNya.

Semua itu sudah berakhir untuk hari ini dan diharap tidak akan berlaku lagi permasalahan ini di kemudian harinya (amin).

Kita cerita yang gembira pula. (senyum jahat)

Aku sudah ada perancangan untuk malam hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Agak - agaknya apakah yang difirkan di dalam fikiran? Aku mahu membina sebuah alat permainan yang dipanggil dalam bahasa inggerisnya ialah cannon atau dalam bahasa melaysia ialah meriam. Hanya untuk suka - suka melupakan duka. Itu sahaja, Terima kasih.

p/s: Biarlah puasa yang meninggalkan kita dan janganlah kita yang meninggalkan puasa.

Isnin, Ogos 09, 2010

sudah disemak

Aku baru sudah selesai menyemak dan membetulkan kesilapan yang aku sudah taip sebelum - sebelum ini. Ini perlu untuk mengelakkan berlaku salah faham antara satu sama lain (tiada kena mengena langsung).

Banyak kesalahan yang aku jumpa, nampaknya betul apa yang dimaksudkan dengan pepatah bahasa melayu "manusia sentiasa melakukan kesilapan".

Jadi aku mestilah belajar dari kesilapan supaya akan menjadi lebih baik di keesokan hari. Ketamatan.

pilihan sendiri

Apa yang aku mahu taip adalah luahan rasa terpendam di dalam hati kecil aku. Cuma mahu mengurangkan sedikit (bebanan) yang aku sembunyikan dari mereka.

Seterusnya.

Aku bukan seorang yang berjaya seperti Doktor, Guru, Peguam, dan lain - lain lagi. Tapi aku ada matlamat hidup sendiri. Matlamat setiap orang berbeza - beza. Ada yang matlamatnya seperti mustahil dan ada juga yang tidak mustahil, itu terpulang pada setiap orang.

Selanjutnya.

Aku hanya ingin mencari pengalaman di dunia ini sebelum aku tiada di dunia ini. Bukan beerti aku mahu membuang masa atau membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Aku inginkan pilihan sendiri untuk menentukan diri aku pada masa akan datang. Aku yang membuat pilihan, aku juga akan menghadapinya. InsyaAllah.

Janganlah merasa seperti aku tidak menghormati mereka. Aku cuma mahukan pilihan aku sendiri, cuma ini yang aku pinta dari mereka.

Khamis, Ogos 05, 2010

kekosongan

Apa yang aku mahu tulis sekarang? entahlah.

Masih mencari tajuk - tajuk untuk dihujahkan untuk kawan - kawan tetapi masih belum dapat mencari.

Oh tolonglah! (Senyap).

Aku mahu keluar sudah. Mahu berjalan - jalan di Kota dan bertemua manusia - manusia yang sedang berkeliaran. Disamping itu juga aku mahu mencuci mata dan menghirup hirupan oksigen yang segar - bugar.

Terima kasih. Tamat!

Selasa, Ogos 03, 2010

penghujung bulan Syaaban

Lagi beberapa hari saja lagi kita akan berpuasa. Sekarang pun sudah ramai yang mula menempah baju raya. Masing - masing sedang mengumpul wang untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri.

Aku sangat gembira Ramadhan semakin menghampiri.

Tahun ini aku ingin lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya (amin).

Isnin, Ogos 02, 2010

hari akan datang

Terfikir keseorangan memikirkan nasib seseorang iaitu aku.

Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari ini?
Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari esok?
Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari lusa dan hari - hari seterusnya?

Hahahahaha ( ketawa keseorangan ).
Jangan difikir - fikirkan sangat, nanti hati yang gundah gulana "Kata aku kepada aku".

Usah kau memberatkan kepala kau dengan soalan - soalan itu semua! kau boleh hidup jika kau mahu berusaha!

Sabtu, Julai 24, 2010

kehidupan bekerja

Apa yang paling gembira tentang kerja?
Sewaktu kerja sudah habis.

Apa yang paling seronok tentang kerja?
Cuti.

Apa yang paling suka tentang kerja?
Dapat gaji.

Selasa, Julai 13, 2010

erti kawan

aku lemas, engkau lemas
aku susah, engkau susah,
aku kotor, engkau kotor,
aku gembira, engkau gembira,
aku sedih, engkau sedih,
aku senang, engkau senang,
aku duka, engkau duka,
aku kecewa, engkau kecewa,

engkau lemas, aku lemas,
engkau susah, aku susah,
engkau kotor, aku kotor,
engkau gembira, aku gembira
engkau sedih, aku sedih,
engkau senang, aku senang,
engaku duka, aku duka,
engkau kecewa, aku kecewa,

itulah erti kawan yang sejati.


p/s: Terima kasih kawan - kawan seperjuangan.

Ahad, Julai 11, 2010

mahu menulis

Tangan ini semahu - mahunya tidak mahu menulis, tetapi perasaan ini membisikkan pada hati aku untuk menyuruh tangan menulis untuk perasaan.

Tapi perasaan mahu tangan tulis apa?
perasaan hanya mahu memuntahkan apa yang telah perasaan simpan selama ini.

Tapi macam mana nak buat?
tidak perlu buat apa - apa, hanya mengikuti apa yang perasaan fikirkan.

inilah hasilnya bila tangan mengikuti perasaan.

Sabtu, Julai 03, 2010

anak yang derhaka

Awat hang sanggup buat depa macam tu?

Awat hang sanggup tikam depa dari belakang?

Awat hang sanggup bagi depa teriak?

Aku anggap hang lebih baik dari aku selama ni. Aku rasa aku yang paling kurang ajaq, tapi awat hang berubah ke tahap sampai buat depa kecewa dengan hang?

Waktu depa ada hang boleh la seronok lagi sebab hang boleh bergantung dengan depa. Depa bagi duit kat hang, depa bagi macam - macam lagi kat hang. Apa yang hang mau semua dapat tapi apa yang hang balas kat depa?

Hang budak - budak lagi, tak boleh pikiaq lagi yang mana betoi yang mana salah. Apa yang hang buat hang rasa hang betoi. Aku tau sebab dulu aku pon macam hang, tapi aku boleh kontrol lagi tak sampai macam tahap hang yang kurang ajaq!

Apa yang hang buat kat depa hang pi mintak maaf dengan depa sebelum terlambat. Kalau nasi dah jadi bubur hang makan taik je la!

Jumaat, Julai 02, 2010

oh guru

Ketika di zaman persekolahan, engkaulah yang memberi aku ilmu, engkaulah yang mengajar aku tentang erti kehidupan

Tapak tangan engkau itu telah menyedarkan aku dan rotan bulu ayam engkau telah mengingati aku tentang erti ilmu.

Engkau ketika di zaman itu dianggap sangat mulia. Engkau dianggap sama taraf dengan tentera, apa yang engkau lakukan adalah untuk mengajar dan ibubapa setiap murid sangat menyanjungi engkau.

Tamparan, kerotanan (rotan), dan apa saja yang menjadi ketakutan setiap murid adalah senjata engkau untuk mendidik murid - murid untuk lebih berjaya pada akan datang.

Aku tidak pernah berfikiran negatif terhadap apa yang cikgu lakukan terhadap diriku. Hanya satu yang bermain di fikiran aku ketika itu adalah untuk mengajar aku supaya aku jadi lebih baik pada masa akan datang.

Tapi itu semua sudah berlalu, cara guru mengajar seperti dulu sudah tidak boleh dilakukan pada murid sekarang. Jika dilakukan, kesudahannya adalah seperti bapa pelajar menyerang guru. Itu adalah hakikat yang murid - murid sekarang tidak boleh disakiti dan hanya boleh dimanjakan.

Guru - guru sekarang mempunyai tugas yang mencabar pada zaman sekarang, mereka perlu memikul tugas yang berat. Mengapa setiap kali ada kes guru mendera pelajar akan ada juga pihak memihak kepada ibubapa pelajar tersebut dan bila guru dicederakan pelajar tidak ada pengadilan terhadap guru tersebut?

Ibubapa tidak boleh mendengar cerita dari dari satu pihak, mereka harus mendengar cerita dari semua pihak dan mengkaji dahulu sebelum mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Walaupun kita sayangkan anak kita, tidak seharusnya percaya 100% terhadap mereka. Murid - murid tidak dewasa dan mereka masih belum boleh berfikir dengan baik, mereka akan cerita yang buruk - buruk tentang guru itu atas sebab mereka kurang menyukainya.

Oh guru! engkaulah racunku, engkaulah ubatku!
Oh guru! engkau tidak pernah kenal erti penat untuk mengajar aku!
Aku tidak mampu membalas segala jasa engkau pada aku!
Tanpa engkau siapalah aku!

p/s: Terima kasih guru.

Khamis, Julai 01, 2010

virus dan aku

Banyak - banyak hari, hari paling aku tidak suka adalah hari yang aku tidak suka.

Hari dimana aku diserang sebuah virus yang telah dinamakan "selsema".

Oh! Tidak! Virus itu sangat menyeksakan diriku dan kerja harianku. Semua kerja akan menjadi payah disebabkan virus itu.

Virus itu akan terjadi tanpa memberi notis dan akan keluar bila - bila masa sahaja mengikut kehendak dirinya. Itu sangat membimbangkan aku.

Ini hanyalah selsema biasa yang pernah terjadi kepada orang lain, tapi aku merasakan selsema aku paling menyeksakan dari yang lain.

Oh selsema! cukuplah, sudahlah, sampai disini saja hubungan kita berdua.

p/s: cara hendak mengurangkan selsema adalah berbaring dan lebih elok jika terus tidur!

Selasa, Jun 29, 2010

ruangan pemikiran

kebisingan bunyian sekelilingku,
mengganggu ruangan pemikiranku,
membuatkanku berhenti seketika,

tiada arah ingin ditujui,
aku benar - benar tidak mengerti,
apakah yang aku usahakan sekarang?

ini hanyalah secebis pemikiran untuk dibuang,
mungkin inilah jawapan mengapa aku begini,

keadaan yang membuat kita begini,
keadaan yang menyeksa kita,

sesuatu yang mustahil tidak mustahil untuk mustahil...

Ahad, Jun 27, 2010

tidak menghormati mereka

Aku terlalu mengikutkan hati!
Hanya kerana maruah yang tidak seberapa!

Mereka adalah "tiket" kita untuk ke syurga,
Mereka patut dihormati!
Mereka layak disanjungi!

Mereka menjaga kita, Mereka mendidik kita, Mereka membesarkan kita dari kecil hingga sekarang!
Tapi apa yang Mereka dapat setelah apa yang Mereka korbankan untuk kita?

melawan cakap Mereka!
tidak menghormati Mereka!
mengecewakan Mereka!

itulah lumrah setelah anak yang dahulunya kecil meningkat dewasa.

Setelah perginya Mereka, barulah kita sedar diri kita siapa tanpa Mereka.

p/s: jauh disudut hatiku, aku rasa sangat bersalah walaupun aku tidak menghormati Mereka. Aku sayangkan Mereka! maafkan diriku ini!

kita masih belum merdeka

Aku belum Merdeka! Aku belum Merdeka! Aku belum merdeka!

bukan aku saja, kita semua belum Merdeka!

apa yang kita tahu tentang erti "Kemerdekaan"?
adakah Merdeka seperti mengibarkan bendera dan melaungkan perkataan "MERDEKA" sekuat - kuat hati?

jiwa kita masih dijajah! jiwa kita masih belum Merdeka!

tapi kenapa aku berkata begitu?
tepuk dada tanya diri sendiri.

kertas berharga

Untuk mendapatkan ia cukup payah, tapi bila dah dapat ia cukup cepat habis, itulah lumrah kitaran hidup ia.

apakah yang dimaksudkan dengan "ia"?

"ia" itu ada wang / duit.

Khamis, Jun 24, 2010

duit ptptn

Mengikut pendapat aku kebanyakkan pelajar IPTA/IPTS yang mendapat wang pinjaman dari PTPTN selalu boros. Kebanyakkan wang itu dibelanjakan mengikut kemahuan bukan keperluan.

Anda setuju?

Ahad, Jun 20, 2010

mesej dari kawan - kawan

Sebelum ini aku pernah dapat mesej tentang kisah zaman nabi. Mesej di telefon bimbit (handphone),laman web sosial,dan macam-macam lagi. Sudah banyak kali aku menerima yang isinya berlainan tetapi maksudnya sama.

Kisah itu aku tidak tahu sama ada betul atau tidak,sebab aku tidak belajar sejarah nabi sampai tahap tertinggi lagi. Aku belajar asas sahaja di sekolah menengah yang ustaz dan ustazah aku mengajar.

Apa yang aku hairankan ialah pada akhir mesej itu ada menyatakan "setelah anda membaca pesanan ini anda harus sebarkan kepada rakan-rakan yang lain sekurang-kurangnya 20 orang dalam masa 24 jam dan anda akan berolah kebahagiaan,jika anda abaikan pesanan ini anda mungkin akan ditimpa malapetaka/kecelakaan dalam tempoh 2 minggu ini"

Benda soal malapetaka/kecelakaan ini kita tidak boleh diduga. Apa yang telah yakinkan aku untuk tidak mempercayai ialah pada masa. Masa yang ditulis sangat tepat dan juga kecelakaan yang kita akan dapat.

Walhal dalam al-quran pun hanya menyatakan bagaimana hari KIAMAT akan berlaku dan keadaan ketika itu,tetapi tidak beritahu bila akan terjadi. Ramai kawan-kawan aku yang telah mempercayai dan terus hantar mesej itu kepada orang lain.

Mengapa bila mereka dapat mesej itu mereka bersungguh-sungguh melaksanakan pesanan mesej itu,tetapi tidak bila mereka disuruh untuk melakukan yang wajib seperti SOLAT?


Tepuk dada tanya iman.

Isnin, Mei 10, 2010

skuter besi

Aku ada sebuah benda, badannya besi, bentuknya seperti siput, kelajuaannya juga seperti siput. Ramai orang mencarinya pada hari ini.

Apa bendanya? Vespa.

Bila sebut saja tentang vespa, mungkin ramai yang sudah mengenalinya.

Ok!

aku nak cerita sikit tentang penggunaannya. Cara menunggangnya sangat senang, tetapi mungkin juga susah bagi sesetengah orang. Dan barang - barangnya kini tidak susah untuk mencari, kerana banyak kedai yang menjualnya sama ada yang original ataupun tidak.

Seterusnya.

Google sendiri la, aku malas taip.

Ahad, Mei 02, 2010

air mineral dan air minuman

tajuk hari ini adalah "Air minuman dan air mineral".

aku ada ilmu dan mahu berkongsi bersama kawan-kawan, aku pun tahu dari kawan selepas dia pun baru sahaja tahu dari kawan dia. Mungkin ada yang dah tahu, kalau dah tahu tidak mengapa, kita cerita untuk orang yang belum tahu. Ceritanya macam ini, selama kita beli air kosong (air botol) di kedai, kita tahu air apa yang kita minum?

air ada 2 jenis:

Air Minuman
Air Mineral

Seterusnya.

Adakah kita perasan bila kita beli air botol, ada yang mahal dan ada yang murah, walhal bila tengok botol sama besar sahaja. Sebenarnya air minuman adalah air yang ditapis dan diluluskan oleh pihak yang wajib, air mineral pula adalah air yang mengandungi mineral dan diluluskan oleh pihak yang wajib jugak. Itulah sebabnya air minuman lebih murah dari air mineral sebab air mineral mengandungi mineral.

Tamat.

p/s: Botol air yang kita sudah gunakan kita seharusnya tidak menggunakannya lagi atas sebab botol dibuat dari plastik, dan plastik itu dari bahan kimia. Kalau masih menggunakan juga, air akan dicemari oleh bahan kimia dari botol itu. Botol jugak tidak boleh letak dalam keadaan cuaca panas (matahari), sebab itu akan mempercepatkan lagi proses kimia campur air, apabila kita minum kita akan rasa (power).