Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan

Isnin, November 12, 2012

pembaziran yang tidak sepatutnya

Tiadakah mereka rasa bersalah apa yang mereka lakukan?

Makanan seringkali dibaziri. Alasan kebiasaannya, sudah kenyang, tidak sedap, tadi nampak macam sedikit. Kalau sudah berkali - kali kau membazir, masa akan datang kau kurangkanlah apa yang kau makan. Seharusnya kau lebih tahu keupayaan diri sendiri. Jangan haloba macam kau boleh langsaikan semuanya.

Aku sedih melihat makanan yang banyaknya dibuang, dek sikap manusia. Hal ini mungkin remeh bagi orang lain, tetapi tidak bagi aku.

Kau ada wang? ya! aku tahu. Jangan kau ceritakan pada aku. Kau cerita pada tuhan nanti.

Jumaat, September 07, 2012

semangat yang hilang

Berhari - hari, berminggu - minggu, dan sekarang sudah berbulan - bulan.

Aku fikir, kerja - kerja pembaikan tidak selama berbulan - bulan. Dengan berbekalkan semangat yang berkobar - kobar, aku rasa boleh disiapkan dengan kadar yang segera.

Tetapi tidak juga.

Sekarang semangat aku semakin parah. Dimamah masa, dan juga pitih. Hinggakan aku rasa mahu ja di buang dari pandangan dan kehidupan.

"Boy! bila qeta hang nak siap? aku nak naik.". Adik aku tertanya - tanya.
"Wei! aku tak sabaq nak naik qeta hang ni. Cepat la bagi siap!". Sahabat - sahabat yang lain pun turut bersuara.

Soalan - soalan itu menjadi penyebab untuk aku lupakan hasrat aku tentang pelupusan dari pandangan dan kehidupan. Dan sekarang aku memilih untuk teruskan apa yang aku mulakan.

"Permulaan belum berakhir".

InsyaAllah.



Rabu, Jun 20, 2012

makan bola, tidur bola, mandi bola

Game semalam sapa menang?
Berapa biji gol?
Esok kumpulan mana lawan?
Hang rasa kumpulan mana menang?

Hari - hari soalan yang sama.

Aku bukan kaki bola, aku kaki bangku. Dari dulu sampai sekarang. Aku tak minat bola la bro. Bukan aku la nak berjaga 2, 3 pagi semata - mata mengadap benda tu.

Ada orang kata kalau tak minat bola bukan lelaki normal. Memang aku bukan lelaki normal pun.

Musim bola nak habis dah. Aaammiinnnn.


Khamis, Jun 14, 2012

godaan si putih hitam

sayang, jangan kau merayu lagi,
sayang, sudah - sudahlah meminta,
sayang, berhentilah menagih simpati,
sayang, jangan menyeksa hatiku lagi,
sayang, jangan teriak di hadapan aku,
aku tak sanggup lihat keadaan kau macam ni sayang.

friskies habis dah, esok aku belikan okey? mari sini aku nak peluk.

Isnin, Jun 11, 2012

selamat tidur ya

Ahh...

Hari ini hari sabtu yang meletihkan. Selamat tidur kupu - kupu malam.
 

Kedah-Georgetown-Kedah
11 malam
09 Jun 2012


Sabtu, Februari 11, 2012

kepala ni dah ringan sikit

Ada la sampai satu tahap ni, otak aku penuh dengan kata - kata, selerak, ceramuk. Tak tersusun la bak katanya. Ada kata - kata yang yang aku takut untuk dilontarkan atas sebab jaga hati kawan.

Tapi kan, lepas dah luahkan kata - kata kat seseorang yang nak kita katakan. Sebenarnya mudah bila dia faham apa yang kita katakan. Dan juga boleh jadi sukar jika dia tidak faham. Itulah sebabnya aku takut untuk luahkan.

Otak ni pun dah refresh sikit, macam kita tekan kanan tetikus komputer tu la, yang ada refresh tu. Nak bagi komputer laju balik.

p/s : Cuak wei malam ni nak rekod lagu.

lomo - lomo

Sabtu, Disember 10, 2011

mendapat ilmu ketika miskin

Nasib baik aku masih ingat lagi kata laluan blog ini.

Nasib baik.

Lama dah aku senyap, menyepi dari dunia blog. Aku takdak mood disamping sibuk dengan urusan peribadi. Sibuk memikirkan hal yang berlegar - legar di kepala otak.

Ok, lupa dulu sat.

Pernah dak sampai satu tahap kita memang poket kosong? Yakni tiada lagi wang di dalam simpanan kita. Benda ni sudah terjadi kat aku. Aku nak baiki besi buruk aku tu la, tapi tiada wang.

Disebabkan tiada wang aku boleh belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni. Tiada yang mustahil. Aku pomen sendiri besi buruk tu. Iya la, aku nak hantar kedai wang takdak, kena buat sendiri jugak la. Sekarang sudah hampir siap, cuma ada sesetengah bahagian yang tidak boleh aku lakukan tanpa alat - alatnya.

Kini aku dapat pengalaman baru dan kepuasan mutlak. Semuanya dilakukan oleh tangan sendiri. Syukur kepada Allah S.W.T.

"Jika kekayaan boleh membuat aku lupakan Engkau, aku memohon janganlah jadikan aku diantara golongan orang - orang yang berada. Amin."

Selasa, Julai 05, 2011

harapan keluarga

Kelmarin, yang juga hari Isnin bersamaan 2 Shaaban 1432.

Bersama keluarga menghantar adik aku ke Politeknik Arau, Perlis. Rezeki dia dapat kat sana, Alhamdulilah. Aku tumpang gembira.

Apa yang aku harapkan, cuma dia menjadi orang yang berguna di suatu hari nanti. Jangan mengikut sifat aku yang enjoy ni.

Aaamiiinn.

Megat Khairulizwan dan Puteri Nazirah.

Selasa, Mei 10, 2011

semakin hanyut

Aku sekarang hanya ligan duit, dunia, impian.

Nafsu semata - mata, kayaknya begitu lah.

Lupa tuhan, lupa tanggungjawab aku sebagai islam. Hanyut dengan duniawi.



Ya ALLAH, tunjukkan lah jalan yang benar untuk hambamu yang hina ini.

Rabu, Mac 16, 2011

pemeriksaan fizikal tubuh badan

"Abang, nanti pi pemeriksaan fizikal tubuh badan kat Balai Bomba." Kata ayahku sambil memegang sehelai kertas.

"Untuk apa?!" Tanyaku kembali dengan nada yang sedikit tinggi.

"Untuk dipilih kerja sebagai Pegawai Bomba." Jawab ayahku lagi.

Fikir. Fikir. Fikir.

Ok! Aku akan pergi, dan aku akan mencuba sedaya yang mungkin demi permintaan ayahku. Inilah yang ayah harapkan, bekerja di bawah naungan Kerajaan. Hidup senang.

Kalau aku diterima, mungkin masa depan aku sebagai Pegawai Bomba.


Aku ni ada ciri - ciri Pegawai Bomba ker? WTF?

Jumaat, Mac 11, 2011

engkau sudah ada masa depan yang cerah kawan

Seharian suntuk aku berada di Pulau Langkawi untuk melawat kawan yang berada di sana menjalani latihan kepolisan.

Tidak cukup tidur, pening kepala gara - gara balik kerja lewat malam.

Nasib baik bila dah sampai saja kat sana terus hilang sakit kepala aku. Syukur. Aku pergi dengan keluarga kawan, hanya menumpang perjalanan mereka.

Terima kasih makcik kerana belanja makan tadi.

Sampai saja di pusat latihan mereka, aku terkejut dengan keadaan kawan aku yang bernama Mohd Nasrul Bin Azhar. Sekarang sudah hitam dan semakin gemuk, tapi syukur sebab hang dah ada masa depan yang cerah. Amin!

Lokasi : Pulapol Pulau Langkawi

Sabtu, Mac 05, 2011

kali pertama ke salun rambut

Kali pertama menjijakkan kaki ke salun rambut.

Sambung.

Ini first time aku ke sana, tujuannya untuk memendekkan rambutlah, takkan aku nak beli beras pulak kot, tak gitu?

Terus terang aku katakan, yang aku ni sedikit "peqak" kalau orang utara sebut. Macam ayam masuk bandar la, betul tak? Abaikan.

Mula - mula cuci rambut, kemudian mengering rambut, aku sudah mula menggelabah sebab takut kos yang tinggi, tapi sebenarnya tidak, Alhamdulilah.

Apa - apa pun ini pengalaman pertama aku di Salun Rambut.


Ayah bising rambut panjang dan tak kemas.

Isnin, Februari 21, 2011

masih malas untuk berjaya

Sudah hampir hujung bulan, apa perkembangan yang aku dah buat?

Ada duit? ada kereta? ada awek? ada bisnes sendiri? ada bla bla bla...

Arghh! Sudah lah, Aku keras kepala sangat ya! Aku boleh buat yang tu, aku boleh buat yang ni, last - last apa yang aku dah buat?! Apa pun takdak!

Hidup ni kena pandai mengatur strategi, macam kita main chess. Kalau tak reti alamak tak dapat la kita hidup dengan selesa.

Perancangan aku belum terlaksana lagi, masih dalam proses searching. Mengumpul maklumat dengan lebih jelas baru boleh mulakan. Sebenarnya bila - bila masa boleh dilaksanakan, tapi aku ni saja yang "malas".

Kadang - kadang aku terfikir, masa depan aku mesti gelap.

"Hendak seribu daya, takmau seribu dalih"

Khamis, Februari 10, 2011

selesai sudah membaiki

Aku kat cybercafe sekarang ni. Sebab apa?

Internet kat rumah aku kena potong, padan muka!

Ok, habis.

Hari ini siaplah satu kerja aku yang ditangguh - tangguh selama ni. Bukan ditangguh la, tapi kekurangan wang untuk disiapkan. Akhirnya selesai jugak.

Fuh! Lega.

Tapi kena try dulu bulan ni sebelum aku betul - betul puas hati. Nak pakai benda lama macam ni la jadinya, rosak sana, rosak sini, sini rosak, sana rosak?

p/s: Harijadi aku nak dekat dah.

Ahad, Januari 23, 2011

perginya seorang kawan

Pulang dari kerja.

Hari ini hari Ahad yang bertarikh 23/1/2011, dan pada tarikh islamnya ialah 18 Safar 1432. Masa pun nak kena nyatakan jugak ka? Tak payah la.

Hari ni berangkatnya kawan aku ke Langkawi untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Akhirnya masanya sudah sampai. Tahniah!

Dia buat apa kat sana?

Dia pergi untuk menjadi seorang polis yang berjaya, berkhidmat untuk negara, dan menginginkan masa depan yang cerah. Amin!

Selepas ni aku kehilangan seorang kawan ketika suka dan duka. Nampaknya begitulah. Kawan - kawan yang lain masih ada, tapi terasa sedih pun ada sebab aku rapat dengannya.

" Woi Nasrul, hang kalau nak jadi polis biar jadi polis yang betul - betul! Jangan jadi taik sudah! Aku doakan semoga hang berjaya didunia dan akhirat! dan ingat sama orang yang selalu disisi hang! "

Selasa, Januari 11, 2011

sangat mudah mendapat wang

Anak : Ayah! abang nak rm10, nak beli barang sikit.
Ayah : Nah! jangan membazir sangat (sambil menghulur rm100).

Anak - anak sekarang tidak perlu bekerja pon tak apa, ibubapa banyak wang. Kalau nak, minta saja. Nak beli barang apa? beli baju? beli kasut? nah! rm100 ni.

Ibubapa baik? entahlah.

Mungkin disebabkan itulah anak - anak sekarang malas bekerja, membazir wang, dan merosakkan harta benda keluarga. Sesungguhnya mereka tidak merasa susahnya ingin mendapatkan wang.

Ada satu pepatah yang aku jumpa di tabloid "Cara untuk mengajar anak anda tentang wang adalah dengan anda tidak memiliki wang"

Dan jangan sesekali kita menjadi hamba wang, biarlah wang yang menjadi hamba kita.

Khamis, Oktober 28, 2010

rezeki ada di mana - mana

Rezeki ni ada di merata tempat, cuma kita saja yang perlu mencarinya. Ada juga rezeki di depan rumah, ada juga kat padang bola, ada juga di tepi jalan, dan di merata tempat.

Selanjutnya.

Usahlah kita merendah - rendahkan sesuatu pekerjaan yang mungkin ganjarannya sedikit, atau kerja itu mungkin perlu kita kotor (tidak kemas).

Ada juga yang bekerja dengan kerajaan, dan ada yang tidak. Kerja dengan kerajaan akan dapat banyak kelebihan dari segi pinjaman, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, wang pencen dan macam - macam lagi. Bagi yang bekerja sendiri, mereka akan dapat hasil dengan seberapa banyak mereka usahakan, jika usaha lebih maka mereka akan dapat hasil yang lebih dan juga kepuasan diri sendiri.

Jika kita semua perlu bekerja dengan kerajaan, siapa yang akan bekerja sendiri? siapa yang akan buka gerai di tepi jalan? siapa yang akan buka gerai jual air?

Hidup ini kita tidak tahu bila akan mati. Kita buat la apa yang memuaskan diri kita, dan janganlah biar orang mengawal hidup kita.

p/s: Aku tetap dengan pendirian aku.

Ahad, Jun 27, 2010

kertas berharga

Untuk mendapatkan ia cukup payah, tapi bila dah dapat ia cukup cepat habis, itulah lumrah kitaran hidup ia.

apakah yang dimaksudkan dengan "ia"?

"ia" itu ada wang / duit.

Khamis, Jun 24, 2010

duit ptptn

Mengikut pendapat aku kebanyakkan pelajar IPTA/IPTS yang mendapat wang pinjaman dari PTPTN selalu boros. Kebanyakkan wang itu dibelanjakan mengikut kemahuan bukan keperluan.

Anda setuju?