Isnin, September 27, 2010

kucing yang tidak berguna

Malam jumaat lepas ketika aku dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja aku telah menjumpai sebuah binatang yang dipanggil anak kucing. Aku memberhentikan kenderaanku yang digelar motorsikal ditepi jalan yang suram tanpa bunyian kenderaan ketika itu.

Seterusnya.

Anak kucing itu telah patah kakinya. Kesian aku melihat keadaannya yang seperti dalam kesakitan (ternyata memang sakit). Aku tidak tergamak membiarkan lalu membawanya pulang bersamaku.

Aku lakukan apa yang patut untuk merawat kakinya itu. Beberapa hari kemudian aku membawa anak kucing itu pergi ke kelinik (Klinik). Doktor mengesahkan anak kucing itu hanya mengalami patah kaki dan perlu memotong kakinya untuk dibuat sup! (aku tipu saja). Anak kucing itu patah kedua kaki belakang dan doktor sudah memberikan ubat yang sesuai.

Sekarang kucing itu masih belum boleh gerakkan kaki belakangnya. Dia tidak boleh bergerak langsung dan hanya berteriak untuk mendapatkan perhatian, sungguh sedih.

Kemudian.

Aku tertanya - tanya bagaimana kucing itu boleh ada di jalanraya bersendirian? Atau dia dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang seperti membuang bayi bernyawa?

p/s: Siapa yang tidak mampu membela atau menjaga kucing, buanglah mereka di tempat yang mereka boleh hidup seperti Pasar Borong atau tempat yang ada banyak makanan dan kurangnya risiko. Kalau tak boleh jugak sembelih lah ia dan masak lomak cili api!

Isnin, September 13, 2010

cerita di bulan Syawal

Sudah lama aku menyepikan diri disamping sibuk dengan urusan duniawi. Maklumlah hujung bulan Ramadhan sibuk dengan persiapan, selepas habis Ramadhan sibuk dengan rumah terbuka pula (makan, makan, makan).

Seterusnya.

Macam biasa, setiap Syawal pertama mesti kita akan beraya di rumah saudara kita yang sudah lama tidak bertemu. Hidangan ketika raya mestilah ketupat, kuih raya, lemang, rendang, dan berbagai - bagai. Itulah lumrah ketika kita beraya.

Tiada lagi cerita yang menarik untuk diceritakan, jadi aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali diriku ini jika ada salah dan kesilapan selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Khamis, September 02, 2010

seorang kesangapan

Selepas seorang, datang seorang. Selepas pergi seorang datang lagi seorang yang baru. Habis bila masa pula aku boleh bermain?

Aku sudah tidak tahan lagi, aku mahu melepaskan geram sepuas - puasnya dengan kau! Mereka selalu mahukan engkau. Aku membeli engkau untuk aku dan bukan untuk makhluk lain bermain. Mereka itu sememangnya dari golongan yang tidak mengerti perasaan orang lain. Mereka hanya mementingkan diri sendiri.

Cis! Pergilah kau wahai orang yang mementingkan diri sendiri!
Aku punya perasaan seperti manusia lain!
Jangan kau datang lagi kepadaku!