Memaparkan catatan dengan label selsema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selsema. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 04, 2013

buat seorang sahabat

dia memang degil
tidak hadam nasihat aku

dulu kau taksub dengan cinta
hingga terlupa segala duka
mahu saja dibina istana
agar kalian boleh berasmara

satu masa semua musnah,
cita - cita terpadam
air mata peneman
hidup pula tidak keruan

diungkit - ungkit memori lama
dengan harapan utuh semula
sayangnya itu cuma igauan
sekali lagi air mata menjadi peneman

rasa duka, rasa kecewa
rasa sunyi, rasa terbuang
rasa celaka, rasa tuli

dia heret ke puncak
ramai yang sangsi
dia tidak peduli

sewaktu berkelana
diharap tiada apa - apa
memori masih menyala
katanya dengan nada yang hampa
semua itu perlukan masa
sabar la kawan

hari ini
dengan wajah yang gembira
dia bilang mahu bersama semula
dengan pengukir duka purba

aku terkesima

bersama bukan cara lama
bersama kali ini dengan restu
katanya dia dengan keyakinan

Alhamdulillah

"berkatilah mereka yang ikhlas Ya Allah"

Khamis, Mei 09, 2013

kehebatan manusia tanpa sesuatu

hanya dengan satu juta suara itu
kau sudah bongkak
kejayaan telah dihidu

hanya dengan satu juta sorak itu
kau sudah bermegah
semua sudah bersatu

hanya dengan satu juta semangat itu
kau sudah takbur
kemenangan sudah pasti

tapi kau terlupa sesuatu

Yang
Maha
Dasyat

dan dengan sebab itu

kau tewas.




"manusia merancang, tuhan tentukan"

Selasa, Januari 01, 2013

hari pertama untuk tahun ini

Hari ini satu haribulan satu dua ribu tiga belas. Aku masih diberi nafas, masih punyai ibubapa. Dan aku juga memiliki nikmat dari Sang Pencipta, iaitu selsema. Aaammiinn.

Sabtu, Oktober 20, 2012

bila dipuji, bukan dipuja

Tolong jangan memuji,
aku takut jatuh,
sukar untuk aku bangkit semula.

Tolonglah.

Khamis, Oktober 18, 2012

khayalan pesakit

aku sanggup teman kau malam ini,
sama - sama merasa,

kau berehatlah,
kau tidurlah,
cuba lupakan dunia sebentar,
yang sering takutkan kita,
jangan risau,
aku ada disisi,
menemani setiap saat,
walau dalam lena,

hingga kau benar - benar sihat,
aku ikhlas.

"Bidadari, aku harap kau wujud."


Rumah Batu,
28 Zulkaedah 1433h,
Ahad, 14/10/2012.

Selasa, Mei 29, 2012

gangguan - gangguan kecil

Aku mengantuk!

boleh tak kau pergi jauh - jauh dari sini!
jangan sampai aku tampar kau!
jangan kau bingit disini!
cari la orang lain!
aku nak tidur!

Aku mengantuk!

Pergilah kau dari sini wahai si penghisap darah!

Selasa, Ogos 16, 2011

abang berbaju kuning

Abang berbaju kuning itu rajin bekerja,
dengan lorinya atau hanya sewaan dia menaiki,
bekerja di malam yang gelap,
ditemani tempias cahaya lampu jalan,

Abang berbaju kuning itu bermandi peluh,
belakang lorinya ada banyak bendera,
berpuluh - puluh, mungkin beratus - ratus bendera,
setiap tiang dipasangnya bendera itu,
setiap tiang ada yang dua, ada yang satu,

Abang berbaju kuning itu tidak penat,
gigih menyiapkan kerjanya,
dia punyai semangat patriotik yang tinggi,
atau mungkin sekadar kerja,

Entahlah.

Yang pasti, aku masih dijajah lagi.


Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke - 54.

Khamis, Julai 01, 2010

virus dan aku

Banyak - banyak hari, hari paling aku tidak suka adalah hari yang aku tidak suka.

Hari dimana aku diserang sebuah virus yang telah dinamakan "selsema".

Oh! Tidak! Virus itu sangat menyeksakan diriku dan kerja harianku. Semua kerja akan menjadi payah disebabkan virus itu.

Virus itu akan terjadi tanpa memberi notis dan akan keluar bila - bila masa sahaja mengikut kehendak dirinya. Itu sangat membimbangkan aku.

Ini hanyalah selsema biasa yang pernah terjadi kepada orang lain, tapi aku merasakan selsema aku paling menyeksakan dari yang lain.

Oh selsema! cukuplah, sudahlah, sampai disini saja hubungan kita berdua.

p/s: cara hendak mengurangkan selsema adalah berbaring dan lebih elok jika terus tidur!