Jumaat, Ogos 27, 2010

jentera yang jahat!

Selama ini aku hanya mendengar saja bahawa kereta kau sungguh laju, sungguh dasyat dan sungguh menggerunkan pada setiap manusia yang menaikinya. Apabila dicerita begitu, aku membuat keputusan untuk merasa seperti yang mereka rasakan.

Sudah sekian lama mendengar, akhirnya aku boleh juga rasakan seperti yang mereka rasakan nikmat sebuah jentera yang diubahsuai untuk tujuan kelajuan yang maksima.

Jentera itu kelihatan seperti besi buruk yang sudah lama terbiar, warnanya hitam sebam, jenisnya dari model mitsubishi, apabila dihidupkan bunyinya seperti jet. Kuasanya memang sangat laju dan terlalu laju.

Walaupun aku hanya penumpang, aku sangat berbesar hati kerana dapat merasai pengalamannya. Tiada kata - kata yang dapat menggambarkan betapa nikmatnya berada di dalam jentera yang laju walaupun perasaan takut masih ada.

p/s: Anei memang terbaik dari ladang.

Ahad, Ogos 15, 2010

selamat hari lahir

Dari kecil kau menjagaku,
Dari tidak boleh bergerak hingga merangkak kau menjaga aku,
Dari merangkak ke berjalan kau pimpin aku,
Dari aku tidak boleh bercakap, kau mengajarku hingga petah berkata - kata,

Tapi bila aku sudah dewasa,
Aku tidak berjalan untuk membalas budimu,
Aku berkata - kata semata - mata untuk melawanmu,
Itu yang aku lakukan untumu,
Tapi engkau tetap baik terhadapku,

Maafkan aku Oh Ayah!

Selamat Hari Lahir dan semoga hidup diberkati Allah s.w.t.

Selasa, Ogos 10, 2010

Syaaban terakhir

Sepatutnya hari ini adalah hari yang gembira kerana keesokan harinya adalah bulan Ramadhan. Tetapi ada sedikit permasalahan yang tidak diingini berlaku pada hari ini. Aku menganggap ini adalah sebagai DugaanNya yang telah ditakdirkan untuk UmatNya.

Semua itu sudah berakhir untuk hari ini dan diharap tidak akan berlaku lagi permasalahan ini di kemudian harinya (amin).

Kita cerita yang gembira pula. (senyum jahat)

Aku sudah ada perancangan untuk malam hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Agak - agaknya apakah yang difirkan di dalam fikiran? Aku mahu membina sebuah alat permainan yang dipanggil dalam bahasa inggerisnya ialah cannon atau dalam bahasa melaysia ialah meriam. Hanya untuk suka - suka melupakan duka. Itu sahaja, Terima kasih.

p/s: Biarlah puasa yang meninggalkan kita dan janganlah kita yang meninggalkan puasa.

Isnin, Ogos 09, 2010

sudah disemak

Aku baru sudah selesai menyemak dan membetulkan kesilapan yang aku sudah taip sebelum - sebelum ini. Ini perlu untuk mengelakkan berlaku salah faham antara satu sama lain (tiada kena mengena langsung).

Banyak kesalahan yang aku jumpa, nampaknya betul apa yang dimaksudkan dengan pepatah bahasa melayu "manusia sentiasa melakukan kesilapan".

Jadi aku mestilah belajar dari kesilapan supaya akan menjadi lebih baik di keesokan hari. Ketamatan.

pilihan sendiri

Apa yang aku mahu taip adalah luahan rasa terpendam di dalam hati kecil aku. Cuma mahu mengurangkan sedikit (bebanan) yang aku sembunyikan dari mereka.

Seterusnya.

Aku bukan seorang yang berjaya seperti Doktor, Guru, Peguam, dan lain - lain lagi. Tapi aku ada matlamat hidup sendiri. Matlamat setiap orang berbeza - beza. Ada yang matlamatnya seperti mustahil dan ada juga yang tidak mustahil, itu terpulang pada setiap orang.

Selanjutnya.

Aku hanya ingin mencari pengalaman di dunia ini sebelum aku tiada di dunia ini. Bukan beerti aku mahu membuang masa atau membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Aku inginkan pilihan sendiri untuk menentukan diri aku pada masa akan datang. Aku yang membuat pilihan, aku juga akan menghadapinya. InsyaAllah.

Janganlah merasa seperti aku tidak menghormati mereka. Aku cuma mahukan pilihan aku sendiri, cuma ini yang aku pinta dari mereka.

Khamis, Ogos 05, 2010

kekosongan

Apa yang aku mahu tulis sekarang? entahlah.

Masih mencari tajuk - tajuk untuk dihujahkan untuk kawan - kawan tetapi masih belum dapat mencari.

Oh tolonglah! (Senyap).

Aku mahu keluar sudah. Mahu berjalan - jalan di Kota dan bertemua manusia - manusia yang sedang berkeliaran. Disamping itu juga aku mahu mencuci mata dan menghirup hirupan oksigen yang segar - bugar.

Terima kasih. Tamat!

Selasa, Ogos 03, 2010

penghujung bulan Syaaban

Lagi beberapa hari saja lagi kita akan berpuasa. Sekarang pun sudah ramai yang mula menempah baju raya. Masing - masing sedang mengumpul wang untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri.

Aku sangat gembira Ramadhan semakin menghampiri.

Tahun ini aku ingin lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya (amin).

Isnin, Ogos 02, 2010

hari akan datang

Terfikir keseorangan memikirkan nasib seseorang iaitu aku.

Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari ini?
Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari esok?
Agak - agaknya kemanakah aku selepas berlalunya hari lusa dan hari - hari seterusnya?

Hahahahaha ( ketawa keseorangan ).
Jangan difikir - fikirkan sangat, nanti hati yang gundah gulana "Kata aku kepada aku".

Usah kau memberatkan kepala kau dengan soalan - soalan itu semua! kau boleh hidup jika kau mahu berusaha!