Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan

Khamis, April 09, 2015

kematian hati

Bila hati masih mati
mati kesemuanya;

nasihatnya,
cakapnya,
lihatnya,
akalnya,
rasanya,
dan
menunggu
kematian tubuhnya

Selasa, Disember 23, 2014

kepatuhan tergelincir

kepatuhan tergelincir
di waktu suci
hati diasak nafsu
kental, gagah, waja
malaikat terus melihat
olahan gerak hamba
terpinga segenap detik
dan masa tidak berpatah
semata untuk pendosa
yang dahaga ampun

dan
tetapi

tuhan tidak pernah
lena dari mendengar
dan memaafkan
jadian mani
yang asalnya hina




Hening Hari
1 Rabiulawwal 1436H




Sabtu, Disember 14, 2013

aku pernah kenal seseorang

aku pernah kenal seseorang
hatinya kental
tidak pernah menyesal
walau cuba ditibai
tetap berdiri senyum

aku pernah kenal seseorang
petahnya belapik - lapik
takut ada yang sakit

aku pernah kenal seseorang
peranannya tetap utuh
luka duka cuba merempuh
dibuatnya acuh tak acuh

aku pernah kenal seseorang
luhurnya secantik sutera
petahnya bikin ralit
setiap segala dia ada
di dalam dada

baru aku perasan.

"deklamasi untuk ayah.
dari anak yang sering dusta."





Sabtu, November 16, 2013

sudah sudahlah

Sesetengah yang lain.

memori lapuk boleh menggugat masa hadapan,
yang menghalang langkah kedepan,
mematikan jalan yang terhidang,
sesetengah,

bagi aku,
kadang itu semua diremehkan aku,
untuk aku kuat,
dijadikan pasak,
menongkat ketidakstabilan
sewaktu berjalan.


buat apa aku nak fikir?







Jumaat, Oktober 18, 2013

mohon dan lalai

hari ini kau menangis teresak - esak
tidak mahu lagi memanggung kepala yang bersujud
memperlihatkan kesungguhan seorang hamba
memohon sejuta ampun kemaafan

dari raja yang bersemayam
di arsy

sebentar lagi kau kembali lalai.

Isnin, Julai 15, 2013

aku dan seram

aku bertimpuh,
memicit ketul tasbih
berkumat tuhan

jam,
suis,
katil,
sikat,
resit,
gitar,
radio,
kunci,
cadar,
kipas,
kasut,
bantal,
almari,
poster,
lampu,
kerusi,
syiling,
dinding,
sejadah,
gunting,
tali satu,
kalendar,
beg galas,
tetikus rosak,
kotak kosong,
komputer riba,
telefon bimbit,

semuanya memandang aku,
seram memang seram,
sebab aku seorang,
jadi aku diam.

Isnin, Jun 24, 2013

sajak taubat

ketika mana dahi jujur mencium bumi,
waktu itu juga aku lesap dari materi,
terpacak di depan tuhan,
mendendangkan sajak taubat,

darah terusan mengalir,
berpusu ke otak,
entah berapa lama disana,

seusai dendang sajak taubat,
bingkas didongak kepala,
menenangkan tubuh yang penat,

salam ke kanan,
salam ke kiri,

moga tuhan terhibur,
dengan sajak taubat.

  
"sajak ini bukan untuk dijual"

Khamis
20 Jun 2013
11 Sya'aban 1434 H.

Isnin, Mei 13, 2013

satu - per - satu kecuali satu

keratkan tangan aku, supaya aku cacat
korekkan mata aku, agar aku buta
jahitkan mulut aku, biar aku membisu

carikkan segalanya tentang aku;

rambut,
muka,
telinga,
hidung,
kening,
paha,
betis,
ibu jari,

kecuali satu saja,

maruah aku!