Selasa, Ogos 16, 2011

abang berbaju kuning

Abang berbaju kuning itu rajin bekerja,
dengan lorinya atau hanya sewaan dia menaiki,
bekerja di malam yang gelap,
ditemani tempias cahaya lampu jalan,

Abang berbaju kuning itu bermandi peluh,
belakang lorinya ada banyak bendera,
berpuluh - puluh, mungkin beratus - ratus bendera,
setiap tiang dipasangnya bendera itu,
setiap tiang ada yang dua, ada yang satu,

Abang berbaju kuning itu tidak penat,
gigih menyiapkan kerjanya,
dia punyai semangat patriotik yang tinggi,
atau mungkin sekadar kerja,

Entahlah.

Yang pasti, aku masih dijajah lagi.


Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke - 54.

Sabtu, Ogos 06, 2011

masih lagi diberi peluang

Alhamdulilah.

Masih lagi aku diberi nafas. Masih lagi aku diberi kehidupan. Masih lagi aku diberi rezeki.

Masih lagi mempunyai keluarga, dan masih lagi mempunyai kawan - kawan yang sentiasa memberi sokongan.

Alhamdulilah sekali lagi.

Aku masih dapat menghidu Ramadhan pada tahun ini, dan sehingga ke hari ini. Aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T.


p/s: Mulut masih lagi pedas lepas berbuka puasa.