Memaparkan catatan dengan label marah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marah. Papar semua catatan

Rabu, April 17, 2013

lagi ramai, lagi rancak

Ramai orang berkerumun, macam ada orang jual ubat. Terus aku melangkah pergi ke situ untuk melihat. Nampaknya, seperti ada orang bergaduh. Mereka menangkap pencuri, aku tidak pasti dia curi apa, hanya dengar bisikan orang sekeliling. Ada juga yang berkata pergaduhan ini bermotifkan dendam.

Sepuluh mulut, sepuluh cerita lain.

Si pencuri tu dikepung, dikeliling orang yang mahu memukulnya. Si pencuri dipegang, dikawal rapi oleh lelaki berbadan besar. Takut dia lari.

*dush

Satu kaki menghinggap di perut si pencuri tu, dan di hinggap berkali - kali. "Mungkin dia ni kot mangsa si pencuri tu." teka aku dalam hati.

Kemudian, datang seorang lagi lelaki, dari cara pakaiannya, dia ni pengawal di pasaraya berdekatan. Tanpa memberi salam, dia sedekahkan sepak terajang dia kat si pencuri tu dengan bersarungkan but. Memang habuan si pencuri tu.

"Dia ni ada kena - mengena juga ka?" bisik aku lagi dalam hati. Tertanya - tanya. Apa salah si pencuri tu, dia curi apa. Tak boleh ka selesai cara baik?

Dalam situasi kelam kelibut disitu, ada juga yang tanpa segan silu turut menyumbangkan kaki - kaki mereka untuk dijamu pada si pencuri tu. Bukan seorang, ramai. Macam ada pesta.

Orang semakin ramai, yang lalu lalang berhenti untuk melihat. Semua pemukul si pencuri tu aku kenal, sebab di situ - lah tempat mereka berkumpul, melepak, berborak.

Lunyai si pencuri tu, kemudian mereka bawa dia pergi dari situ. Entah, apa nasibnya selepas ini. Aku tidak tahu. Wallahu a'lam.

Bagi aku, cukuplah seorang yang memukul dia ( walaupun aku tak setuju dia dipukul ). Masih banyak cara untuk diselesaikan, bukan guna perasaan, gunalah panduan agama.

Kenapa mesti memukul beramai - ramai? Adakah sebab ramainya penonton? atau sebab ada kumpulan?

Nak tunjuk hebat bagai.
Mahukan pujian.

Aku cakap atas pengalaman diri sendiri. Bila ramai, kekadang ada saja yang aku nak tunjuk hebat. Bila tidak jadi, malu aku dapat.

Pergaduhan tu orang melayu, dan aku tak khususkan untuk melayu saja. Ini untuk semua, yang apabila ramai kuat, bila sorang - sorang penakut.



Rabu, Februari 06, 2013

nyaris - nyaris berlaku

Peristiwa lepas.

Aku membonceng motosikal kepunyaan ayah. Satu ketika aku berhenti di hadapan lampu isyarat yang sedang menunjukkan warna merah. Macam biasa,  aku yang berkeadaan bercermin mata Rayban-pasar-malam, lagak hebat sambil melihat kenderaan yang berlumba - lumba mengejar lampu isyarat mereka yang sedang hijau. Sambil itu, aku terperasan kereta di belakang aku ketika sengaja melihat cermin sisi motorsikal jenama Honda yang ditunggangi aku. Kelihatan kereta itu yang mahu membelok kekiri, keluar dari lorong yang aku gunakan.

Keadaan tergesa - gesa.

Dalam hati aku bermonolog, "Ini jalan aku, kalau nak terus tadi jangan masuk lorong ni!". Hati ini mulai panas, teringatkan kisah yang pernah terjadi sebelum ini. Situasi yang sama, cuma aku yang tidak bersalah disalahkan atas kekalutan yang dia sendiri bikin. Untuk kali ini, aku tidak mahu perkara yang sama berlaku. Aku bersedia untuk menghamburkan kata - kata yang sangat menyakitkan hati.

Aku perhati lagi melalui cermin sisi, kereta itu semakin bertegas mahu tunaikan hajatnya. Dia tidak nampak biji mata aku dibalik cermin mata hitam yang sedang tajam perhatikan dia. Macam pisau yang diasah tajam - tajam untuk dihunus tepat ke leher mangsa.

Menunggu untuk satu adegan yang aku tak pernah realisasikan.

Hon! jeritan hon kereta ditala tepat pada aku. Tangan ini terketar - ketar. Inilah masanya untuk menggunakan buku lima yang belum pernah makan siapa - siapa, mungkin ini adalah makanan pertama.

Aku toleh muka ke belakang berserta hati yang benar - benar mendidih untuk di curah sepenuhnya. Belum sempat aku mulakan dengan kata - kata, seorang lelaki yang masih muda menjelirkan kepalanya keluar dari tingkap bersama - sama tangan kanan yang dilambai sayu seraya berkata,

"Minta maaf ya adik, abang nak minta laluan sikit, maaf ya".

Hati yang mendidih tadi sepantas kilat menjadi sejuk seperti dituang ke dalam ribuan ketulan ais batu. Sejuk satu badan. Otot - otok muka aku menghasilkan senyuman menjawab apa yang dikatakan pemandu kereta itu. Aku mengangguk tanda aku mengalah.

Jika diteruskan lagi amarah tadi, macam - macam boleh jadi.

Astaghfirrullahhalazim... astaghfirrullahhalazim... astaghfirrullahhalazim...

Rabu, Oktober 10, 2012

kasih ali kepada kucing

Jalan raya sesak. Seekor anak kucing dilanggar.

Ali segera turun dari kenderaan menyelamatkan anak kucing. Ikhlas. Tanpa menghirau kenderaan yang berpusu - pusu. Seorang pemuda nasihat agar tidak diselamatkan anak kucing itu,dikhuatiri akan membuatkannya tersiksa kesakitan kalau hidup.

"Habis! cuba kalau kau sedang nazak, tiada satu orang pun disebelah kau, mengajar kau mengucap! apa kau mahu keadaan begitu?!" bisik marah dalam hatinya.

Anak kucing itu diusung di tepi jalan. Nafasnya tercungap - cungap. Segera Ali memasukkannya di dalam raga dan segera berhempas pulang.

Setibanya di rumah, Ali meletakkannya di atas baju lama yang tidak di sarungkan lagi. Mencapai sebotol minyak gamat untuk dilumurkan pada kaki anak kucing itu, sambil memujuknya. Seraya berkata "Ala comel, bukan sakit pun. Nanti - nanti baik la. Jangan menangis. Sabar ya!".

Ali masuk mandi sebentar. Dibiarkan kucing itu bersama ahli keluarga Ali. Sesudah selesai mandi, Ali bergegas mahu keluar sebentar. Kelihatan anak kucing itu sangat tenat, dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Sedih menyelubungi Ali bersama perasaan bersalah.

Keesokan harinya, Ali menanamnya sambil ditemani rasa hiba.

Jumaat, Ogos 31, 2012

tanggal 31

Aku memilih untuk tidak mengibarkan bendera, cukuplah sekadar aku memahami apa itu semangat patriotik. Bukan sekadar laungan dan sambutan.

Anak - anak muda menjadi liar di malam sambutan. Maksiat bersepah mengalahkan sampah. Minuman keras laris terjual.

Dan kita diistiharkan merdeka.

Isnin, Julai 09, 2012

duit segala - galanya

Kalau kau makan tak habis jangan kau ambil lebih dari kemampuan kau, nanti kau membazir. Kau terlalu ikutkan nafsu. Bukan sekali dua, berkali - kali kau ulang perangai yang sama.

"tak perlu ceramah kat aku. Aku makan aku bayar, duit aku!"

"Ok, Duit kau."



Rabu, Jun 20, 2012

makan bola, tidur bola, mandi bola

Game semalam sapa menang?
Berapa biji gol?
Esok kumpulan mana lawan?
Hang rasa kumpulan mana menang?

Hari - hari soalan yang sama.

Aku bukan kaki bola, aku kaki bangku. Dari dulu sampai sekarang. Aku tak minat bola la bro. Bukan aku la nak berjaga 2, 3 pagi semata - mata mengadap benda tu.

Ada orang kata kalau tak minat bola bukan lelaki normal. Memang aku bukan lelaki normal pun.

Musim bola nak habis dah. Aaammiinnnn.


Selasa, Mei 29, 2012

gangguan - gangguan kecil

Aku mengantuk!

boleh tak kau pergi jauh - jauh dari sini!
jangan sampai aku tampar kau!
jangan kau bingit disini!
cari la orang lain!
aku nak tidur!

Aku mengantuk!

Pergilah kau dari sini wahai si penghisap darah!

Selasa, Mei 15, 2012

penghujung yang baik

hari - hari dijamah dengan isu - isu semasa,
kau burukkan aku,
aku burukkan kau,
rakyat bagaikan patung,
yang berkuasa jadi tuhan,
agama dipijak - pijakkan,
manusia saling berperang,
yahudi kaum yang keji,
dunia bagaikan selamanya,
di sana berjuang,
di sini berpesta,
hukum tuhan dipertikaikan,
anak kecil tidak berdosa di bunuh dengan kejam,
seks bebas,
kaum sejenis dihalalkan,
masjid dan surau kian lengang,

di penghujungnya,
islam akan menang,
dunia akan kiamat,

kau baca,
kau faham,
kau gelak,
kau celaka!

Isnin, Januari 09, 2012

aku betul - betul di tengah

Situasi aku sekarang betul - betul di tengah - tengah. Tepat di tengah - tengah manusia yang saling melemparkan batu benci antara satu sama lain.

Aku dihimpit di antara manusia - manusia itu.

Mereka menyorok dibalik tubuh aku. Manusia sebelah kiri berbisik di telinga aku, ceritakan tentang hal - hal yang dibencinya pasal manusia di sebelah kanan aku. Manakala manusia di sebelah kanan aku juga menceritakan hal - hal yang tidak disukainya pasal manusia di sebelah kiri aku. Aku sekadar iya apa yang dikata.

Mereka berkongsi dengan aku, mungkin bagi mereka aku ni pendengar yang baik.

Ya! memang aku pendengar yang baik. Tetapi bukan ini yang aku nak. Bukan ini yang aku mahu dengar.

Apabila bersua muka, masing - masing lagak seperti biasa, lagaknya baik - baik saja. Kenapa perlu berpura - pura kawan?

Kita perlu belajar menerima seseorang yang tidak cukup sifatnya, budi bahasanya. Kerana kita pun tidak perfect.

Berkawan biarlah berbillion - billion, musuh jangan dibuat.


p/s : Selamat Tahun Baru 2012

Sabtu, November 12, 2011

maaf ya orang - orang sekeliling

Semalam mulut aku buat hal lagi.

Salah seorang kawan aku pun ada tegur kata - kata aku ni melampau sangat. Aku tersentak terdiam seketika. Memikirkan balik kata - kata direct yang aku telah lepaskan.

" Wtf! Apa yang aku kata ni! ". Aku muhasabah diri sekejap. Jauhi diri dari orang sekeliling.

Aku duduk dipenjuru. Senyap.

"Sorry wei, aku terlalu ikutkan hati, sorry sangat - sangat."

Sabtu, Oktober 29, 2011

bola sepak dan aku

Bola sepak?

Aku tidak minat tentang bola sepak, dan kurang ilmu pengetahuan tentang bola sepak. Tapi aku masih lelaki.

Sabtu, Julai 03, 2010

anak yang derhaka

Awat hang sanggup buat depa macam tu?

Awat hang sanggup tikam depa dari belakang?

Awat hang sanggup bagi depa teriak?

Aku anggap hang lebih baik dari aku selama ni. Aku rasa aku yang paling kurang ajaq, tapi awat hang berubah ke tahap sampai buat depa kecewa dengan hang?

Waktu depa ada hang boleh la seronok lagi sebab hang boleh bergantung dengan depa. Depa bagi duit kat hang, depa bagi macam - macam lagi kat hang. Apa yang hang mau semua dapat tapi apa yang hang balas kat depa?

Hang budak - budak lagi, tak boleh pikiaq lagi yang mana betoi yang mana salah. Apa yang hang buat hang rasa hang betoi. Aku tau sebab dulu aku pon macam hang, tapi aku boleh kontrol lagi tak sampai macam tahap hang yang kurang ajaq!

Apa yang hang buat kat depa hang pi mintak maaf dengan depa sebelum terlambat. Kalau nasi dah jadi bubur hang makan taik je la!