Khamis, Oktober 28, 2010

rezeki ada di mana - mana

Rezeki ni ada di merata tempat, cuma kita saja yang perlu mencarinya. Ada juga rezeki di depan rumah, ada juga kat padang bola, ada juga di tepi jalan, dan di merata tempat.

Selanjutnya.

Usahlah kita merendah - rendahkan sesuatu pekerjaan yang mungkin ganjarannya sedikit, atau kerja itu mungkin perlu kita kotor (tidak kemas).

Ada juga yang bekerja dengan kerajaan, dan ada yang tidak. Kerja dengan kerajaan akan dapat banyak kelebihan dari segi pinjaman, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, wang pencen dan macam - macam lagi. Bagi yang bekerja sendiri, mereka akan dapat hasil dengan seberapa banyak mereka usahakan, jika usaha lebih maka mereka akan dapat hasil yang lebih dan juga kepuasan diri sendiri.

Jika kita semua perlu bekerja dengan kerajaan, siapa yang akan bekerja sendiri? siapa yang akan buka gerai di tepi jalan? siapa yang akan buka gerai jual air?

Hidup ini kita tidak tahu bila akan mati. Kita buat la apa yang memuaskan diri kita, dan janganlah biar orang mengawal hidup kita.

p/s: Aku tetap dengan pendirian aku.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Fuh! sudah selesai mengemas

Fuh! sudah selesai akhirnya. Apa yang selesainya?

Aku selesai mengemaskan bilik tempat aku tidur, tempat aku menyanyi, tempat aku gelak seorang diri, tempat aku berehat, tempat aku buat macam - macam perkara. Bilik aku kecil sahaja, hanya muat untuk diri aku yang kurus ini dan sedikit aksesori tambahan seperti almari pakaian.

Sudah lama aku tidak mengemas, maklum la aku sekarang ni sibuk (malas la). Tapi bila aku mengemas, aku akan kemas betul - betul sehingga tiada satu pon kotoran yang tertinggal (macam iklan dalam tv la pula).

Selanjutnya.

Bilik sudah bersih, jadi tunggu apa lagi? tidur terus la wahai kawan - kawan.

Selamat berehat.

Jumaat, Oktober 22, 2010

wahai putih

Di pagi hari.

Hari - hari yang lepas tiada tanda - tanda yang mencurigakan, dia teriak seperti biasa. Bila dia teriak bermakna dia lapar ataupun dia mahu bermain dengan orang sekeliling yang dia lihat.

Tapi, tadi dia hanya termenung sahaja. Setiap kali aku lalu dia akan perhatikan aku, dia seperti mahu memberitahu aku sesuatu. Dia tidak seperti hari - hari sebelumnya.

Aku tidak mengesyaki apa - apa. Seterusnya.

Ketika petang menjelang, aku ketika itu mahu keluar. Aku perhatikan keadaan dia waktu itu seperti ketiduran, apabila aku memerhatikan sekali lagi dia sudah tidak bernyawa, aku pegang dia, aku periksa keadaan dia. Tapi itu semua tidak boleh menghidupkan dia semula. Sangat sedih.

Menyesal! aku sangat menyesal! kenapa aku tidak bawa dia ke klinik lebih awal! kenapa mesti aku melengah - lengahkan!

Dia ialah haiwan yang aku jumpa iaitu anak kucing. Aku jumpa di tepi jalanraya yang ketika itu kakinya sudah patah dilanggar kenderaan. Tapi kini anak kucing itu sudah tiada.

Sabtu, Oktober 09, 2010

kereta tolak

Semalam adalah hari pengambilan "kereta tolak" baru yang sudah siap dibikin hampir setahun? lamanya? biasalah kalau orang melayu yang buat.

"Kereta tolak" yang baru ini lebih canggih dari yang lama dan kebanyakan/kebanyakkan bahan yang digunakan adalah tahan karat atau "stainless steel". Walaupun mahal tapi ia berbaloi untuk digunakan dalam tempoh yang lama.

Kini masanya untuk aku mengambil alih perniagaan yang sudah lama ayah aku menceburinya. Aku perlu lebih matang dan rajin bekerja di masa hadapan kelak. Berehatlah wahai ayahku!

Terima kasih kepada kawan - kawan yang banyak membantu dalam cerita ini. Terima kasih banyak - banyak!

kredit untuk "Alor Star Street Bike dan kawan - kawan"

p/s: kereta tolak adalah stor untuk menjual makanan.

Jumaat, Oktober 01, 2010

sekadar mencuba

Setakat ini hidup aku seperti biasa. Ala, macam cerita dalam tv tu.

Hidup mesti ada masalah, mesti ada kawan, mesti ada duit, mesti ada perasaan barulah dikatakan hidup, betul ka? Ah, lantak la semua tu!

Sekarang ni aku sakit perut. Entah kenapanya begini jadinya. Tadi aku lepak kat kedai makan dengan kawan - kawan sambil menonton cerita "Traitor", cerita orang putih. Lepas habis ja terus semua balik ke sarang masing - masing. Balik pulak terus buka internet.

Sebenarnya aku cuma nak testing (mencuba) saja buka internet sebab 2, 3 hari kebelakangan ni internet rumah aku tak dapat line. Ni cuma sekadar mencuba dan tiba - tiba jeng jeng jeng (musik latar belakang) boleh pulak.

Ok lah, sembang banyak - banyak pun bukan ada isi sangat apa yang aku tulis ni, semuanya kosong saja.

Tammat!