Khamis, Oktober 28, 2010

rezeki ada di mana - mana

Rezeki ni ada di merata tempat, cuma kita saja yang perlu mencarinya. Ada juga rezeki di depan rumah, ada juga kat padang bola, ada juga di tepi jalan, dan di merata tempat.

Selanjutnya.

Usahlah kita merendah - rendahkan sesuatu pekerjaan yang mungkin ganjarannya sedikit, atau kerja itu mungkin perlu kita kotor (tidak kemas).

Ada juga yang bekerja dengan kerajaan, dan ada yang tidak. Kerja dengan kerajaan akan dapat banyak kelebihan dari segi pinjaman, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, wang pencen dan macam - macam lagi. Bagi yang bekerja sendiri, mereka akan dapat hasil dengan seberapa banyak mereka usahakan, jika usaha lebih maka mereka akan dapat hasil yang lebih dan juga kepuasan diri sendiri.

Jika kita semua perlu bekerja dengan kerajaan, siapa yang akan bekerja sendiri? siapa yang akan buka gerai di tepi jalan? siapa yang akan buka gerai jual air?

Hidup ini kita tidak tahu bila akan mati. Kita buat la apa yang memuaskan diri kita, dan janganlah biar orang mengawal hidup kita.

p/s: Aku tetap dengan pendirian aku.

2 ulasan:

  1. hidup perlu bermula dari bawah...jadi pa yang kta buat kta hya perlu bersabar dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan walaupon hasilnya lambat ckiwt...from C.T.A

    BalasPadam
  2. ya, bermula dari bawah, baru kita akan tahu susahnya.. Allah S.W.T. Maha Pemurah... terima kasih C.T.A kerana sudi menjenguk blog ni.

    BalasPadam