Sabtu, Disember 05, 2009

makanan

"hidup untuk makan" itu adalah moto hidup aku. Aku sukakan makanan dan makanan sukakan aku. Kami tidak dapat dipisahkan selagi kami masih hidup.

Terhenti seketika. (Bau nasi kandar masih tidak hilang di celah - celah jari jemariku)

Jika boleh aku mahu menjelajah di seluruh Malaysia untuk merasa setiap makanan yang ada, dari pelbagai Negeri. Aku mahu merasa masakan cina, india, thai, melayu, dan semua bangsa yang ada janji (halal). Tamat.

p/s: aku mahu keluar mencari charkuteow di Jalan Putra.