Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

Ahad, April 21, 2013

si ibu bersalin

Nah! kau makan la lebih sikit. Kau perlukan tenaga yang banyak untuk jaga anak kau. Tuhan dah kata,

"Anak itu adalah rezeki dari - Nya".

Rabu, Oktober 10, 2012

kasih ali kepada kucing

Jalan raya sesak. Seekor anak kucing dilanggar.

Ali segera turun dari kenderaan menyelamatkan anak kucing. Ikhlas. Tanpa menghirau kenderaan yang berpusu - pusu. Seorang pemuda nasihat agar tidak diselamatkan anak kucing itu,dikhuatiri akan membuatkannya tersiksa kesakitan kalau hidup.

"Habis! cuba kalau kau sedang nazak, tiada satu orang pun disebelah kau, mengajar kau mengucap! apa kau mahu keadaan begitu?!" bisik marah dalam hatinya.

Anak kucing itu diusung di tepi jalan. Nafasnya tercungap - cungap. Segera Ali memasukkannya di dalam raga dan segera berhempas pulang.

Setibanya di rumah, Ali meletakkannya di atas baju lama yang tidak di sarungkan lagi. Mencapai sebotol minyak gamat untuk dilumurkan pada kaki anak kucing itu, sambil memujuknya. Seraya berkata "Ala comel, bukan sakit pun. Nanti - nanti baik la. Jangan menangis. Sabar ya!".

Ali masuk mandi sebentar. Dibiarkan kucing itu bersama ahli keluarga Ali. Sesudah selesai mandi, Ali bergegas mahu keluar sebentar. Kelihatan anak kucing itu sangat tenat, dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Sedih menyelubungi Ali bersama perasaan bersalah.

Keesokan harinya, Ali menanamnya sambil ditemani rasa hiba.

Khamis, Jun 14, 2012

godaan si putih hitam

sayang, jangan kau merayu lagi,
sayang, sudah - sudahlah meminta,
sayang, berhentilah menagih simpati,
sayang, jangan menyeksa hatiku lagi,
sayang, jangan teriak di hadapan aku,
aku tak sanggup lihat keadaan kau macam ni sayang.

friskies habis dah, esok aku belikan okey? mari sini aku nak peluk.

Jumaat, Oktober 22, 2010

wahai putih

Di pagi hari.

Hari - hari yang lepas tiada tanda - tanda yang mencurigakan, dia teriak seperti biasa. Bila dia teriak bermakna dia lapar ataupun dia mahu bermain dengan orang sekeliling yang dia lihat.

Tapi, tadi dia hanya termenung sahaja. Setiap kali aku lalu dia akan perhatikan aku, dia seperti mahu memberitahu aku sesuatu. Dia tidak seperti hari - hari sebelumnya.

Aku tidak mengesyaki apa - apa. Seterusnya.

Ketika petang menjelang, aku ketika itu mahu keluar. Aku perhatikan keadaan dia waktu itu seperti ketiduran, apabila aku memerhatikan sekali lagi dia sudah tidak bernyawa, aku pegang dia, aku periksa keadaan dia. Tapi itu semua tidak boleh menghidupkan dia semula. Sangat sedih.

Menyesal! aku sangat menyesal! kenapa aku tidak bawa dia ke klinik lebih awal! kenapa mesti aku melengah - lengahkan!

Dia ialah haiwan yang aku jumpa iaitu anak kucing. Aku jumpa di tepi jalanraya yang ketika itu kakinya sudah patah dilanggar kenderaan. Tapi kini anak kucing itu sudah tiada.

Isnin, September 27, 2010

kucing yang tidak berguna

Malam jumaat lepas ketika aku dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja aku telah menjumpai sebuah binatang yang dipanggil anak kucing. Aku memberhentikan kenderaanku yang digelar motorsikal ditepi jalan yang suram tanpa bunyian kenderaan ketika itu.

Seterusnya.

Anak kucing itu telah patah kakinya. Kesian aku melihat keadaannya yang seperti dalam kesakitan (ternyata memang sakit). Aku tidak tergamak membiarkan lalu membawanya pulang bersamaku.

Aku lakukan apa yang patut untuk merawat kakinya itu. Beberapa hari kemudian aku membawa anak kucing itu pergi ke kelinik (Klinik). Doktor mengesahkan anak kucing itu hanya mengalami patah kaki dan perlu memotong kakinya untuk dibuat sup! (aku tipu saja). Anak kucing itu patah kedua kaki belakang dan doktor sudah memberikan ubat yang sesuai.

Sekarang kucing itu masih belum boleh gerakkan kaki belakangnya. Dia tidak boleh bergerak langsung dan hanya berteriak untuk mendapatkan perhatian, sungguh sedih.

Kemudian.

Aku tertanya - tanya bagaimana kucing itu boleh ada di jalanraya bersendirian? Atau dia dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang seperti membuang bayi bernyawa?

p/s: Siapa yang tidak mampu membela atau menjaga kucing, buanglah mereka di tempat yang mereka boleh hidup seperti Pasar Borong atau tempat yang ada banyak makanan dan kurangnya risiko. Kalau tak boleh jugak sembelih lah ia dan masak lomak cili api!