Rabu, Februari 06, 2013

nyaris - nyaris berlaku

Peristiwa lepas.

Aku membonceng motosikal kepunyaan ayah. Satu ketika aku berhenti di hadapan lampu isyarat yang sedang menunjukkan warna merah. Macam biasa,  aku yang berkeadaan bercermin mata Rayban-pasar-malam, lagak hebat sambil melihat kenderaan yang berlumba - lumba mengejar lampu isyarat mereka yang sedang hijau. Sambil itu, aku terperasan kereta di belakang aku ketika sengaja melihat cermin sisi motorsikal jenama Honda yang ditunggangi aku. Kelihatan kereta itu yang mahu membelok kekiri, keluar dari lorong yang aku gunakan.

Keadaan tergesa - gesa.

Dalam hati aku bermonolog, "Ini jalan aku, kalau nak terus tadi jangan masuk lorong ni!". Hati ini mulai panas, teringatkan kisah yang pernah terjadi sebelum ini. Situasi yang sama, cuma aku yang tidak bersalah disalahkan atas kekalutan yang dia sendiri bikin. Untuk kali ini, aku tidak mahu perkara yang sama berlaku. Aku bersedia untuk menghamburkan kata - kata yang sangat menyakitkan hati.

Aku perhati lagi melalui cermin sisi, kereta itu semakin bertegas mahu tunaikan hajatnya. Dia tidak nampak biji mata aku dibalik cermin mata hitam yang sedang tajam perhatikan dia. Macam pisau yang diasah tajam - tajam untuk dihunus tepat ke leher mangsa.

Menunggu untuk satu adegan yang aku tak pernah realisasikan.

Hon! jeritan hon kereta ditala tepat pada aku. Tangan ini terketar - ketar. Inilah masanya untuk menggunakan buku lima yang belum pernah makan siapa - siapa, mungkin ini adalah makanan pertama.

Aku toleh muka ke belakang berserta hati yang benar - benar mendidih untuk di curah sepenuhnya. Belum sempat aku mulakan dengan kata - kata, seorang lelaki yang masih muda menjelirkan kepalanya keluar dari tingkap bersama - sama tangan kanan yang dilambai sayu seraya berkata,

"Minta maaf ya adik, abang nak minta laluan sikit, maaf ya".

Hati yang mendidih tadi sepantas kilat menjadi sejuk seperti dituang ke dalam ribuan ketulan ais batu. Sejuk satu badan. Otot - otok muka aku menghasilkan senyuman menjawab apa yang dikatakan pemandu kereta itu. Aku mengangguk tanda aku mengalah.

Jika diteruskan lagi amarah tadi, macam - macam boleh jadi.

Astaghfirrullahhalazim... astaghfirrullahhalazim... astaghfirrullahhalazim...

4 ulasan:

  1. Bersangka baik walau kadang-kadang pandangan yang pertama memberi gambaran buruk belaka.

    Ikut rasa binasa,
    Ikut hati merana diri.

    BalasPadam
  2. semua perumpamaan menyuruh kepada kebaikan. haha

    BalasPadam
  3. Sebenarnya baik ka buruk ka semua kita boleh fikir sendiri.

    Tapi bila dah datang marah nak nampak yang baik tu payah.haha
    Ya dak?

    BalasPadam
  4. ya, perasaan yang membuatkan kita tidak boleh berfikir secara rasional. Agama pun diletak tepi bila amarah.

    Itulah sebabnya sabar itu separuh dari iman.

    BalasPadam