Khamis, Oktober 18, 2012

khayalan pesakit

aku sanggup teman kau malam ini,
sama - sama merasa,

kau berehatlah,
kau tidurlah,
cuba lupakan dunia sebentar,
yang sering takutkan kita,
jangan risau,
aku ada disisi,
menemani setiap saat,
walau dalam lena,

hingga kau benar - benar sihat,
aku ikhlas.

"Bidadari, aku harap kau wujud."


Rumah Batu,
28 Zulkaedah 1433h,
Ahad, 14/10/2012.

6 ulasan:

  1. Bidadari kau ada depan sana. Kau hanya perlu tunggu detik dan waktu.

    Dan masanya pasti tiba.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah.

    Aku pesakit memang suka bermimpi. Tentang sesuatu yang indah. Asalkan dapat dalam mimpi, sudah cukup. Untuk kali itu.

    BalasPadam
  3. Doa ubat paling mujarab.
    Berdoalah, mudah-mudahan tercapai.

    Lumrah. Manusia diciptakan menggemari rasa terpaling indah.

    BalasPadam
  4. Seronoknya di saat itu, aku merasa sekarang. Tetapi rasa itu telah berlalu pergi.

    Kini berdoa agar rasa itu kembali.

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang kita diberi pinjam suatu rasa, untuk apa? agar kita belajar untuk menghargai.

    Tak perlu berkejar, rasa tu akan kembali lagi. Kembali pada waktu yang tepat.

    BalasPadam