Ahad, Jun 20, 2010

mesej dari kawan - kawan

Sebelum ini aku pernah dapat mesej tentang kisah zaman nabi. Mesej di telefon bimbit (handphone),laman web sosial,dan macam-macam lagi. Sudah banyak kali aku menerima yang isinya berlainan tetapi maksudnya sama.

Kisah itu aku tidak tahu sama ada betul atau tidak,sebab aku tidak belajar sejarah nabi sampai tahap tertinggi lagi. Aku belajar asas sahaja di sekolah menengah yang ustaz dan ustazah aku mengajar.

Apa yang aku hairankan ialah pada akhir mesej itu ada menyatakan "setelah anda membaca pesanan ini anda harus sebarkan kepada rakan-rakan yang lain sekurang-kurangnya 20 orang dalam masa 24 jam dan anda akan berolah kebahagiaan,jika anda abaikan pesanan ini anda mungkin akan ditimpa malapetaka/kecelakaan dalam tempoh 2 minggu ini"

Benda soal malapetaka/kecelakaan ini kita tidak boleh diduga. Apa yang telah yakinkan aku untuk tidak mempercayai ialah pada masa. Masa yang ditulis sangat tepat dan juga kecelakaan yang kita akan dapat.

Walhal dalam al-quran pun hanya menyatakan bagaimana hari KIAMAT akan berlaku dan keadaan ketika itu,tetapi tidak beritahu bila akan terjadi. Ramai kawan-kawan aku yang telah mempercayai dan terus hantar mesej itu kepada orang lain.

Mengapa bila mereka dapat mesej itu mereka bersungguh-sungguh melaksanakan pesanan mesej itu,tetapi tidak bila mereka disuruh untuk melakukan yang wajib seperti SOLAT?


Tepuk dada tanya iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan