Jumaat, Julai 02, 2010

oh guru

Ketika di zaman persekolahan, engkaulah yang memberi aku ilmu, engkaulah yang mengajar aku tentang erti kehidupan

Tapak tangan engkau itu telah menyedarkan aku dan rotan bulu ayam engkau telah mengingati aku tentang erti ilmu.

Engkau ketika di zaman itu dianggap sangat mulia. Engkau dianggap sama taraf dengan tentera, apa yang engkau lakukan adalah untuk mengajar dan ibubapa setiap murid sangat menyanjungi engkau.

Tamparan, kerotanan (rotan), dan apa saja yang menjadi ketakutan setiap murid adalah senjata engkau untuk mendidik murid - murid untuk lebih berjaya pada akan datang.

Aku tidak pernah berfikiran negatif terhadap apa yang cikgu lakukan terhadap diriku. Hanya satu yang bermain di fikiran aku ketika itu adalah untuk mengajar aku supaya aku jadi lebih baik pada masa akan datang.

Tapi itu semua sudah berlalu, cara guru mengajar seperti dulu sudah tidak boleh dilakukan pada murid sekarang. Jika dilakukan, kesudahannya adalah seperti bapa pelajar menyerang guru. Itu adalah hakikat yang murid - murid sekarang tidak boleh disakiti dan hanya boleh dimanjakan.

Guru - guru sekarang mempunyai tugas yang mencabar pada zaman sekarang, mereka perlu memikul tugas yang berat. Mengapa setiap kali ada kes guru mendera pelajar akan ada juga pihak memihak kepada ibubapa pelajar tersebut dan bila guru dicederakan pelajar tidak ada pengadilan terhadap guru tersebut?

Ibubapa tidak boleh mendengar cerita dari dari satu pihak, mereka harus mendengar cerita dari semua pihak dan mengkaji dahulu sebelum mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Walaupun kita sayangkan anak kita, tidak seharusnya percaya 100% terhadap mereka. Murid - murid tidak dewasa dan mereka masih belum boleh berfikir dengan baik, mereka akan cerita yang buruk - buruk tentang guru itu atas sebab mereka kurang menyukainya.

Oh guru! engkaulah racunku, engkaulah ubatku!
Oh guru! engkau tidak pernah kenal erti penat untuk mengajar aku!
Aku tidak mampu membalas segala jasa engkau pada aku!
Tanpa engkau siapalah aku!

p/s: Terima kasih guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan