Rabu, Mac 06, 2013

harapan manusia pada manusia

Fasa persekolahan.

Ketika dalam tahun - tahun akhir. Di antara banyak - banyak pelajar, aku telah dipilih untuk menjadi orang harapan pada seorang guru. Harapan itu cuma pada mata-pelajaran yang guru itu ajar sahaja. Bukan keseluruhan. Dek kerana minat akan mata-pelajaran itu juga, aku terus berusaha untuk berjaya. Apa saja yang guru itu minta, akan aku lakukan.

Aku perasan rakan sekeliling mengatakan aku kaki bodek. Ya, sejujurnya begitulah.

Selepas tamatnya persekolahan, aku beroleh keputusan apa yang mereka harapkan. Walaupun mata-pelajaran yang lainnya tidak memberangsangkan, tetapi bersyukur tidak gagal. Aku telah diminta guru untuk terbang lebih tinggi agar pencapaian ini tidak menjadi sia - sia.

Disitu, aku terhenti seketika.

Fikiran aku waktu itu, seperti kepingan puzzle yang sedang selerak bertaburan. Nak aku susun semula puzzle, tapi tiada petunjuk untuk aku memandu. Keadaan semakin melarat. Dengan cara hidup aku yang tidak normal. Apa yang aku tahu, aku telah menghampakan mereka semua.

Hanya perkataan maaf dapat aku simpulkan.

Lepas perkara ini, aku lebih kepada berdiam diri. Segala harapan orang sekeliling untuk aku, aku tepis jauh - jauh. Jangan ada satu pun yang tersangkut pada aku.

Segala perbuatan aku dianggap berhasil, kerana sudah terdapat kata - kata dari manusia sekeliling, yang aku ni seorang yang tidak boleh diharap, atau lebih jujur tiada harapan.

Sebenarnya, tempat yang layak dan sepatutnya kita berharap adalah kepada tuhan. Aku hanyalah seorang hamba yang boleh kalian percaya, tetapi tidak boleh kalian yakin.

Percaya dan yakin, hanya pada tuhan.

Kamu semua jangan mengharap seratus peratus pada keupayaan aku yang memegang status hamba-Nya. Jadi atau tidak, itu adalah takdir dari Allah S.W.T.

4 ulasan:

  1. Harapan manusia pada manusia lainnya;

    Harapan ayah bonda
    Harapan pendidik
    Harapan anak-anak

    Aku yakin pada setiapnya pasti disisipkan doa.

    Tapi apapun

    Jalan kita Allah punya.

    BalasPadam
  2. mereka berharap diiringi mahu benar terjadi. Bila tidak berhasil, maka, mereka letakkan aku di penghujung dunia.

    Tanpa khabar.

    Dari situ, ternyata mereka tidak nampak kerja tuhan. Bukan sengaja aku hampakan semua.

    BalasPadam
  3. Kalau soal itu, mungkin ada kurang baiknya juga terlebih harap pada yang namanya manusia.

    Dibila tidak capai apa yang mereka mahu, kita dikata itu ini.

    Sabar sajalah.

    BalasPadam
  4. haha, perkara sudah lama. Aku sudah lali dengan perkara macam tu. Bagi aku, itu satu ujian untuk aku naik pangkat.

    haha.

    BalasPadam