Rabu, Jun 06, 2012

hanya kami bertiga saja malam itu

Blup! blup! enjin kereta mati.

Minyak habis pulak time - time macam ni, memang dugaan betoi. "Aku nak balik ambik moto beli minyak, hang tunggu sini sat Angah, jaga kereta. Walaupun buruk, tapi berharga", kata aku kepada Angah.

Hanya kami bertiga saja, Wan, Angah, dan aku.

"Aku ikut hang wei!", kata Wan sambil berjalan mengikut dari belakang. Aku takmau tunggu sini wei, aku nak ikut hampa jugak. Angah turut bersuara.

"Penakut la hang Angah, dok la sini sat".

Kami bertiga tolak kereta ke menuruni jambatan. Di depannya ada kedai, rasanya lebih selamat aku letak kereta disana.

Disini, Angah lebih selamat dari bahaya, sebab disini cerah disuluh lampu jalan. Aku dan Wan berjalan pulang ke rumah meninggalkan Angah bersama kereta. Kami melalui sebatang jalan Kampung. Ianya lebih dekat.

Jam tangan menunjukkan sudah pukul 1.34 pagi.

Lampu jalan hanya beberapa tiang saja setiap perjalanan, itupun malap. Kami terus berjalan, hanya ditemani bunyi tapak kaki kami saja yang kedengaran buat masa sekarang, dan suara kami bergelak ketawa mempersendakan Angah yang ketakutan.

Setibanya kami di depan masjid, sebelahnya tanah perkuburan. Wan tidak berkata apa - apa. "Aku tahu dia mesti tengah takut", kata aku dalam hati.

Pulangkan! Pulangkan! aku menakutkan Wan dengan nada yang sangat garau. Wan marah. "Hang ni jangan main - main, satgi jadi sunggoh baqu hang tau". Aku ketawakan Wan.

Tang! Tum! bunyi sesuatu.

Aku toleh ke belakang, tiada apa - apa pun yang kelihatan. Tapi, bunyi macam ada benda jatuh atas bumbung. Tiba - tiba bulu aku meremang. Seram sejuk seluruh badan. Perasaan seronok bertukar menjadi takut.

"Wan! hang rasa dak apa yang aku rasa?!". Wan diam, mukanya toleh ke bawah. "Woi! hang ni awat senyap ja?!". Aku dekati Wan, dan pegang bahunya.

Hahaha! Hahaha! Wan ketawa terbahak - bahak, mukanya pucat, matanya merah.

Suaranya pun sudah lain. Aku bertambah takut. Wan sudah dirasuk barangkali. Dia memegang tangan kiri aku dengan kuat sekali. Kekuatan itu nampaknya bukan kudrat manusia biasa. Tangan kanan aku cepat - cepat membuka ikatan tangannya untuk melepaskan diri.

"Aku mahu kau mati!", kata Wan dengan suara yang sangat marah.

Bau kemenyan sangat kuat. Hanya kami berdua disini. Aku betul - betul takut.

Tanpa berfikir panjang aku terus flying kick dengan sekuat hati tepat di perutnya. Wan jatuh. Doa - doa yang diajar ustaz semasa mengaji dulu hilang dari ingatan tatkala aku dalam ketakutan.

Terus aku berlari dengan berkaki ayam meninggalkannya. Sekarang ni aku hanya mahu segera sampai di rumah. Rasa penat aku lupakan seketika.

Berlari dan terus berlari meloloskan diri dari pandangan Wan yang sedang dirasuk.

Akhirnya sampai dirumah. Nafas aku tercungap - cungap. Peluh memeleleh sepertinya baru lepas mandi. Tangan aku masih menggeletar ketakutan. Aku terfikirkan nasib Wan yang aku tinggalkan.

"Cari la tong minyak wei! Dok termenung apa lagi! Aku kiqa nak balik tidoq ja ni!", Wan marahkan aku.

"Ah! Ok - ok, aku dok caqi la ni. Hang pon caqi la sama". Aku balas kata - kata Wan.

Oh Shit! itu hanyalah khayalan aku. Sepanjang perjalanan tidak ada satu pun hantu yang muncul. Bila aku melihat kubur ja mesti akan fikir yang bukan - bukan.

WTF! Memang aku ni banyak tonton filem seram la.

8 ulasan:

  1. cehh.. khayalan nak hantu2 di kawasan perkuburan ja..

    part dasyat : "Aku mahu kau mati!", kata Wan dengan suara yang sangat marah.


    ahahahaha

    BalasPadam
  2. hahaha, fikir banyak. Cerita karut marut. Mana ada logik.

    BalasPadam
  3. dah la dialog macam maya karin dalam pontianak harum sundal malam..

    hantu melayu punya style.

    BalasPadam
  4. memang tiru filem tu pon. aura filem tu kuat sangat. masih mengiang - ngiang dalam otak ni.

    BalasPadam
  5. hmm pasni boleh la buat filem pulak.. memenuhi KEHENDAK filem seram negara

    #mau la si david teo tak leh cari makan hahahahaha ;)

    BalasPadam
  6. Filem seram tak buat la, banyak dah. Semuanya sama. Banyak lagi boleh buat.

    David juai nasik lemak pulak la. hahaha

    BalasPadam
  7. jauh berazam jugak no...boleh la...

    xpa david tu,perasan kalau juai apa pun duk laku tang tu la.. ahahaha

    BalasPadam
  8. haha, sudah - sudah la pasal David. Nanti dia saman kot.

    BalasPadam