Jumaat, Mei 11, 2012

pelupa yang tegar

Tadi aku dileteri ayah. Sebabnya aku tertinggal barang. Ayah aku cukup pantang buat kerja berkali - kali. Bukan sekali dua aku buat macam ni, banyak kali.

Entahlah, sejak dua menjak ni aku perasan sesuatu. Dari awal tahun lagi. Aku selalu lupa. Lupa tentang hal yang remeh temeh, apatah lagi hal - hal yang penting. Apa pun aku tak ingat. Selalu lupa.

Perkataan "sori" sudah banyak kali aku lontarkan pada ayah aku.

Sampaikan aku mencari cara mengatasinya dengan catitkan apa yang aku nak buat di telapak tangan aku menggunakan pen. Supaya aku lebih alert.

Kadang - kadang aku masih juga terlupa walaupun sudah aku catitkan. Itu yang benar - benar menjadi masalah.

Imbas kembali.

Dulu pernah ayah aku menegur, aku yang kerap makan kari kepala ikan. Katanya kepala ikan boleh membuatkan ingatan kita menjadi lemah. Menjadi pelupa.

Aku tidak hiraukan kata - katanya.

Kini, aku fikirkan semula kata - katanya dulu. Mungkin inilah efeknya. Walaupun aku sudah berhenti makan kari kepala ikan, tetapi kesannya masih ada.

Tapi mungkin kesan ini terjadi disebabkan oleh faktor diri sendiri jugak.

Mungkin.




p/s: Ayah aku yang ajar aku makan kari kepala ikan.

5 ulasan:

  1. salahkan ayah jugak ka kalau catat tapi still tak ingat? hahaha

    hindar makan makanan yang berkait dgn organ dalaman, minum air masak untuk oksigen otak dan jangan pukul-pukul kepala mcm bergaduh, bertinju bagai ka sebabnya kandungan dopamin dalam kepala akan berkurang so otak akan jadi lemah. take note okey ! moga lepas ni penyakit lupa tu boleh diatasi :)

    BalasPadam
  2. katok kuat tu yang lupa tu !haha xoxo

    BalasPadam
  3. :) eh saya bukan robot la nak kena masukkan word-word pulak kat sini hahaha

    BalasPadam
  4. habis kalau bukan robot? robert? hahaha.

    BalasPadam