Selasa, Mei 01, 2012

berlakon bukan kerana wang ringgit

Disini terdapat sebuah pentas dunia, dimana kita boleh berlakon dengan memilih salah satu karakter yang ingin dilakarkan, yang kita hasilkan. Masing - masing dengan cara sendiri.

Wayang kini sudah bermula. Aku menonton, aku hayati setiap watak yang dibawa. Mimik muka yang menjadi, seolah - olah tiada cacat celanya dalam lakonan mereka. Aku kagum. Kini tiba giliran aku pula untuk berlakon.

Aku gusar.

Seboleh - bolehnya tidak mahu aku berlakon, tapi keadaan sekeliling mendesak dan aku tiada pilihan lain. aku cuba.

Watak aku ringan - ringan saja. Babak aku pun tak banyak bercakap, hanya sekadar bermain emosi sahaja.

Pentas ini tiada para juri, tiada para penonton. Yang ada hanyalah mereka yang memegang watak masing - masing. Mereka tidak dibayar untuk berlakon, dan bukan kerja mereka untuk berlakon seperti aku juga.

Mereka berlakon untuk seseorang. demi silaturrahim katanya.

Aku tertanya - tanya, sampai bila kita harus berlakon memegang watak - watak dusta?

6 ulasan:

  1. untuk apa berlakon dalam dunia realiti? dapat apa? setimpal?

    dan aku mungkin antara yg menyaksikan lakonan tersebut. menjadi ya

    BalasPadam
  2. Ada masanya kita perlu, bukan untuk diri sendiri. Untuk orang sekeliling.

    Yang bernyawa dan berperasaan.

    Harap - harap lakonan tidak akan terbongkar. Terima kasih "Tanpa Nama".

    BalasPadam
  3. kalaupun terbongkar apa masalahnya? bukan dihukum penjara mandatori. terlalu jaga hati mereka, hati kita siapa jaga? oh emosinya. btw,tanpa nama untuk tanpa akaun google kan ?;)

    BalasPadam
  4. sesetengah orang boleh tahan berada dalam situasi seperti itu, sesetengahnya tidak.

    apa - apa pun aku tetap akan jaga mereka.

    ya! tanpa nama untuk tanpa akaun google. hahaha

    BalasPadam
  5. wah beruntunglah mereka. punya teman seperti kau. "apa - apa pun aku tetap akan jaga mereka" -indah bunyinya.

    dan silent reader itu akan sentiasa tidak mempunyai akaun google.haha
    ok teruskan berkarya !

    BalasPadam
  6. terima kasih. silent reader.

    cuba la kritik apa yang patut.

    BalasPadam