Khamis, Mei 24, 2012

ini alasan aku

Apa yang kita buat dalam hidup, mesti ada alasannya dan kekuatan untuk lakukan.

Dan apa yang aku buat sekarang ni kerana ayah aku.

Buat apa wei?

Dari segi penampilan aku, persediaan aku untuk ke fasa yang lebih selesa. Untuk keluar dari kepompong lama dan bebas berterbangan.

Perasaan hiba juga salah satu dorongan untuk aku terus terbang.

Cukuplah selama ini kau menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Suka duka aku lalui bersamanya. Mentalnya terlalu kuat mengharungi hari - hari yang penuh liku.

Sumpah wei! mental aku tidak sekuat mentalnya.

Kini, aku pula mahu berbakti padanya. Cukup - cukuplah dengan kerja yang layak untuk dilakukan orang muda saja. Dengan usia kau sekarang ni, bukan disini tempat kau. Tapi dirumah, berehat seperti orang sudah berpencen.

Tetapi aku tidak mungkin boleh bebas berterbangan jika tidak memohon pertolongan dari Tuhan yang Maha Besar.


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6 ulasan:

  1. mohon dari-Nya itu yang utama.

    siapkan diri kau.
    biar dia rasa kau mampu pikul tanggungjawabnya.
    kau sudah cukup buat dia bahagia selayaknya.

    Dan kini buktikan padanya.

    BalasPadam
  2. Disebabkan aku tidak layak, dia masih lagi gigih bekerja. Dia hanya akan berhenti bila aku benar - benar mampu menjadi manusia yang berguna.

    Apa - apa pun aku tetap akan berubah. Itu janji aku. Mahu terbang setinggi - tingginya, hinggakan manusia dilihat seakan - akan semut api.

    Harap - harap.

    BalasPadam
  3. doa aku, moga tercapai apa yang kau hajatkan. tidak ada perkara yang mustahil :)


    bila nanti kau terbang tinggi, jangan pula kau lupakan tanah tempat yang kau pernah berdiri.

    BalasPadam
  4. pesanan yang sering didengar, seringkali di peringat orang - orang sekeliling.

    Tapi masih ramai juga yang tersasar jauh, lupa jalan pulang. Aku takut aku berada situasi seperti itu.

    apa - apa pun semuanya atas niat dan doa kita.

    BalasPadam
  5. kau, doakan aku juga musim peperiksaan sudah tiba. next entry aku jengah ke sini lagi :)

    BalasPadam
  6. aaammiiinnn...

    orang lain boleh berjaya, kita pun boleh jugak. Selamat menjalani exam dengan cemerlang.

    doaku agar semua yang mengenaliku berjaya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam