Ahad, Disember 02, 2012

kembali untuk bermimpi

Aduh! sakitnya leher. Lenguh satu badan. Lama benar aku tidur. Rasanya sudah berhari - hari. Eh! berbulan - bulan rasanya. Pinggang ni rasa kebas sangat - sangat.

Banyak yang aku telah aku tinggalkan. Keluarga, sahabat, cinta, dunia. Segalanya dalam bentuk fizikal. Sesekali lahir juga rasa rindu aku pada mereka. Luahan perasaan.

Sudah jauh pengembaraan aku ketika sedang tidur. Pengembaraan ini bermula ketika aku tertanya - tanya tentang teka teki di dalam fikiran. Aku ghairah untuk mencari sang jawapan dari setiap teka teki yang telah lama aku simpan. Dari satu tempat ke satu tempat, di setiap ruang mimpi aku cabul. Dan aku temui jua sang jawapan. Tapi belum cukup kuat.

Hingga tiba - tiba aku terjaga dari ruang mimpi, bertemu realiti. Ruang itu terus hilang diganti realiti.

Aku mahu kembali di dalam mimpi itu lagi, terus mencari sang jawapan. Aku perlu korek dengan lebih dalam. Mencabul segala apa yang ada. Ruang itu terlalu dalam untuk dihabisi oleh aku seorang.

Tekak benar - benar haus ni. Minum sebentar.

Sambung tidur.

4 ulasan:

  1. Lama hilang.

    Aku dapat rasakan ini bukan sekadar mimpi biasa, ini mimpi panjang yang kau dambakan. Kalau boleh mahu saja kau tukarkan ke bentuk realiti. Semoga mimpi itu yang baik-baik sahaja. Selamat bermimpi lagi. Bawakan mimpi itu pada dunia realiti. Semoga selamat dalam perjalanan untuk sebuah mimpi realiti.

    BalasPadam
  2. Aku cuba. Ingin membawa mimpi ini ke dunia realiti memerlukan kekuatan yang besar. Banyak perkara yang ingin aku usung ke sini, untuk tunjukkan pada kalian semua. Apa yang aku mimpi.

    Marilah sama - sama bermimpi dengan aku, mungkin aku tak perlu lagi membawanya ke realiti. Biarlah kalian sendiri masuk ke dalam mimpi. Kalian akan melihat isinya, meratah hingga sedalam - dalamnya.

    Mimpi ini bukan untuk aku seorang. Tapi untuk semua.

    BalasPadam
  3. Suatu hari nanti pasti. Doakan. Masa itu akan dipanggil realiti. Aku juga mahu lihat jalan itu, mahu pergi jalan itu. Mereka juga sama. siapa yang tak mahu?

    BalasPadam