Selasa, Mei 10, 2011

semakin hanyut

Aku sekarang hanya ligan duit, dunia, impian.

Nafsu semata - mata, kayaknya begitu lah.

Lupa tuhan, lupa tanggungjawab aku sebagai islam. Hanyut dengan duniawi.



Ya ALLAH, tunjukkan lah jalan yang benar untuk hambamu yang hina ini.

Isnin, Mei 02, 2011

kata - kata nasihat

Diciptakan manusia dan haiwan berbeza. Manusia mempunyai akal supaya boleh berfikir, dan haiwan tidak berakal.

Tapi apabila manusia tidak berfikir menggunakan akal, sangatlah hina dari haiwan.

Selasa, April 26, 2011

kosong dan sunyi

jiwa terasa kosong,
semacam perigi yang kering,

juga terasa sunyi,
seperti berada dalam rumah kosong,

tolonglah aku tuhan,
engkau saja yang Maha Mengetahui.

Ahad, April 24, 2011

baju yang hilang telah ditemui

Baju yang hilang selama ni sudah ditemui, sangatlah gembira. Hilangnya pun di dalam rumah sendiri.

Sudah lama aku cari, secara tidak sengaja akhirnya dapat jugak aku berjumpa dengan mereka (gelak besar).

Alhamdulilah jugak ayah aku sudah sihat walaupun badan masih lemah.

Rabu, April 13, 2011

apa yang aku nampak aku akan dapat? kalau aku buat macam ni aku dapat dak wei?

sudah lima hari dia demam.

Sekarang ni waktu yang sangat sukar. Kerja kena tinggal sebentar.

Sudah 5 hari ayah aku demam, sekarang perlukan pemeriksaan darah setiap hari. Semuanya gara - gara suspek denggi. Aku sangat kasihan ayah aku yang berumur, suntik tangan dengan jarum tiap - tiap hari semata -mata mahu mengambil darah. Sudahlah dia takut jarum.

Bersabar je lah wahai ayah, buat masa ni ja. Masa ni la tuhan nak test aku. Alhamdulilah, aku tiada apa - apa masalah lagi buat masa sekarang. Cuma harapkan ayah aku cepat sembut, Amin!

Bila kita tengok iklan denggi kita seperti kosong, macam tiada apa - apa makna kepada kita. Selepas terjadi baru la tahu betapa peritnya ia. Macam aku.


Sekarang ni hanya mampu berdoa semoga cepat sihat seperti sediakala.

Ahad, April 10, 2011

bebanan kian berkurangan

Kelmarin, dan hari ini. Aku kena belajar berdikari.

Semoga cepat sembuh wahai ayahku.

Baru aku tahu kesusahan mereka selama ini, mencari sesuap nasi untuk keluarga. Ini baru sedikit apa yang aku rasa.

Oh, besar sungguh pengorbanan mereka membesarkan aku dari kecil hingga sekarang.

Kini aku lebih yakin, lebih semangat dengan apa yang aku ada, InsyaAllah, aku akan menjaga keluarga ini dengan sebaik yang mungkin.



Kini aku mampu ketawa.

Rabu, April 06, 2011

otak kosong

Aku takdak tajuk nak taip, fikiran aku sekarang ni kosong. Macam tin milo yang kehabisan milonya.

Maaf. Nak keluar sebentar.

Selasa, Mac 22, 2011

jiwang karat berkarat

Sekarang ni aku inginkan kasih sayang dari seorang perempuan, mungkin sebab lama sudah aku menyendiri keseorangan.

WTF!

Ayat jiwang gila.

Depa ni sempoi!

Ahad, Mac 20, 2011

pemeriksaan fizikal tubuh badan 2

Sambungan.

Hari ini aku temuduga PB (Pegawai Bomba). Aku sudah berusaha sedaya upaya, tapi kekuatan aku yang tidak seberapa membuatkan aku tidak berjaya menamatkan sesi menemuduga.

Kecewa.

Pulang ke rumah dengan kegagalan dan di marah oleh emak. Sedangkan aku melakukan semua ni kerana mereka. Aku cuba dengan bersungguh - sungguh. Tetapi tidak berjaya.

Tersangat kecewa.


Semasa aku mengangkat berat tadi, terdapat sedikit kesilapan dan membuatkan aku sakit yang amat.

Rabu, Mac 16, 2011

pemeriksaan fizikal tubuh badan

"Abang, nanti pi pemeriksaan fizikal tubuh badan kat Balai Bomba." Kata ayahku sambil memegang sehelai kertas.

"Untuk apa?!" Tanyaku kembali dengan nada yang sedikit tinggi.

"Untuk dipilih kerja sebagai Pegawai Bomba." Jawab ayahku lagi.

Fikir. Fikir. Fikir.

Ok! Aku akan pergi, dan aku akan mencuba sedaya yang mungkin demi permintaan ayahku. Inilah yang ayah harapkan, bekerja di bawah naungan Kerajaan. Hidup senang.

Kalau aku diterima, mungkin masa depan aku sebagai Pegawai Bomba.


Aku ni ada ciri - ciri Pegawai Bomba ker? WTF?

Jumaat, Mac 11, 2011

engkau sudah ada masa depan yang cerah kawan

Seharian suntuk aku berada di Pulau Langkawi untuk melawat kawan yang berada di sana menjalani latihan kepolisan.

Tidak cukup tidur, pening kepala gara - gara balik kerja lewat malam.

Nasib baik bila dah sampai saja kat sana terus hilang sakit kepala aku. Syukur. Aku pergi dengan keluarga kawan, hanya menumpang perjalanan mereka.

Terima kasih makcik kerana belanja makan tadi.

Sampai saja di pusat latihan mereka, aku terkejut dengan keadaan kawan aku yang bernama Mohd Nasrul Bin Azhar. Sekarang sudah hitam dan semakin gemuk, tapi syukur sebab hang dah ada masa depan yang cerah. Amin!

Lokasi : Pulapol Pulau Langkawi