Khamis, Mac 10, 2011

mengantuk terus hilang

Tadi mengantuk dan bosan, rasanya memang sangat nak pulang ke rumah mendakap bantal yang sedang memanggil - manggil aku. Tetapi hasrat tidak kesampaian selepas Abang im datang membuka topik.

Mengantuk, letih terus hilang.

Aku bersembang dan terus bersembang, dari satu topik ke satu topik. Gelak ketawa setiap masa dengan cara penyampaian cerita Abang im yang sangat lawak.

Kadang - kadang kedengaran ceritanya seperti dusta, tetapi hakikatnya ceritanya dari pengalaman hidupnya ketika muda. Mungkin dengan keadaan dirinya yang tidak terurus itu ramai yang tidak akan mempercayainya.

Apa - apa pun aku enjoy tadi, dan sekarang aku nak pejamkan mata.

Selamat Pagi manusia!

p/s: Blog aku ni tak pernah ada gambar, baru aku perasan, entri seterusnya Insya Allah aku akan masukkan.

Sabtu, Mac 05, 2011

kali pertama ke salun rambut

Kali pertama menjijakkan kaki ke salun rambut.

Sambung.

Ini first time aku ke sana, tujuannya untuk memendekkan rambutlah, takkan aku nak beli beras pulak kot, tak gitu?

Terus terang aku katakan, yang aku ni sedikit "peqak" kalau orang utara sebut. Macam ayam masuk bandar la, betul tak? Abaikan.

Mula - mula cuci rambut, kemudian mengering rambut, aku sudah mula menggelabah sebab takut kos yang tinggi, tapi sebenarnya tidak, Alhamdulilah.

Apa - apa pun ini pengalaman pertama aku di Salun Rambut.


Ayah bising rambut panjang dan tak kemas.

Khamis, Mac 03, 2011

kata - kata harijadi

Takdak apa yang aku nak tulis, cuma nak taip sikit - sikit ja sempena harijadi aku ni.

Apa yang aku harap adalah moga aku diberkati Allah dan dimurahkan rezeki - Nya selalu. Aku mahukan kehidupan aku sendiri sebagai seorang budak lelaki yang menggalas sejuta impian.

Terima kasih emak yang melahirkan aku dan ayah yang telah membesarkan aku hingga sekarang. Tanpa kalian, siapalah aku.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih berikan aku peluang untuk hidup di atas muka bumi ini.

p/s : Aku sedang menunggu kejutan.

Ahad, Februari 27, 2011

budak yang mati semangat

Seorang budak yang belum matang,
mencari kehidupan sendiri,
dengan berbekalkan ilmu sedikit sebanyak,
memulakan perjalanan demi masa depan,

Setiap perjalanan,
ada halangan dan dugaan,
kawan - kawan semakin hilang,
terdapat banyak kata - kata,
semangat kian berkurangan,
perjalanan masa depan kian kabur,

Kini budak itu terhenti seketika,
duduk bersila sambil tongkatkan dagunya dengan tangan kirinya,
sambil merenung ke hadapan,
dan berfikir dan terus berfikir keadaannya,

Budak itu belum matang,
pengalaman akan mendewasakannya,

Tapi bukan sekarang!

Selasa, Februari 22, 2011

penyakit semakin amarah

Beberapa hari ni aku duduk tak senang, risau semakin membuak - buak. Aku tak boleh hidup macam ni, tak selesa, tak senang.

Penyakit aku datang lagi, kali ini datang dengan lebih besar. Aktiviti harian aku sedikit terjejas gara - gara penyakit ini. Penyakit ini tak akan sembuh, cuma boleh mengurangkan kesannya saja.

Dah makan ubat? Tidak.

Sebelum ni pun aku dah ambik ubat, tapi boleh makan saja, kesannya? masih sama, sakit datang lagi. Aku sudah bosan makan ubat.

Langkah terakhir aku adalah untuk berjumpa pakar penyakit aku. Untuk merawatnya mungkin memerlukan pembedahan.

Ya! aku sudah sedia.

Isnin, Februari 21, 2011

masih malas untuk berjaya

Sudah hampir hujung bulan, apa perkembangan yang aku dah buat?

Ada duit? ada kereta? ada awek? ada bisnes sendiri? ada bla bla bla...

Arghh! Sudah lah, Aku keras kepala sangat ya! Aku boleh buat yang tu, aku boleh buat yang ni, last - last apa yang aku dah buat?! Apa pun takdak!

Hidup ni kena pandai mengatur strategi, macam kita main chess. Kalau tak reti alamak tak dapat la kita hidup dengan selesa.

Perancangan aku belum terlaksana lagi, masih dalam proses searching. Mengumpul maklumat dengan lebih jelas baru boleh mulakan. Sebenarnya bila - bila masa boleh dilaksanakan, tapi aku ni saja yang "malas".

Kadang - kadang aku terfikir, masa depan aku mesti gelap.

"Hendak seribu daya, takmau seribu dalih"

Khamis, Februari 10, 2011

selesai sudah membaiki

Aku kat cybercafe sekarang ni. Sebab apa?

Internet kat rumah aku kena potong, padan muka!

Ok, habis.

Hari ini siaplah satu kerja aku yang ditangguh - tangguh selama ni. Bukan ditangguh la, tapi kekurangan wang untuk disiapkan. Akhirnya selesai jugak.

Fuh! Lega.

Tapi kena try dulu bulan ni sebelum aku betul - betul puas hati. Nak pakai benda lama macam ni la jadinya, rosak sana, rosak sini, sini rosak, sana rosak?

p/s: Harijadi aku nak dekat dah.

Rabu, Februari 02, 2011

selamatkan pelajar Malaysia

Selsema, sakit kepala.

Hari ini perniagaan "slow" sikit, mungkin sebab Tahun Baru Cina kot. Orang pejabat kebanyakannya sudah cuti, ada yang kerja setengah hari. Yang hairan, orang cina yang nak raya, tapi orang melayu yang lebih - lebih.

Konsep Satu Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina.

Tamat.

Ok, sebenarnya aku nak cerita sikit pasal isu rakyat Mesir membuat rusuhan, sampaikan keluar perintah berkurung.

Kes teruk ni.

Aku baca dalam paper hari ini, rakyat Malaysia sekarang dalam ketakutan, keadaan sangat membimbangkan. Dengan banduan terlepas, macam - macam lagi la cerita yang buruk.

Apa - apa pun, aku harap semuanya akan selamat. Tentera Malaysia sekarang pun sudah bersedia untuk kesana.

Ya ALLAH, kau selamatkanlah mereka dari perkara yang tak diingini, Amin.

Isnin, Januari 31, 2011

aku ibarat lalang

aku lalang,
lalang yang melayang,
melayang - layang tanpa tujuan.

aku lalang,
lalang yang semakin hilang,
hilang dari kehidupan.

aku lalang,
lalang yang tiada penghujung,
penghujung setiap permulaan.

hakikatnya aku bukan lalang!

Ahad, Januari 23, 2011

perginya seorang kawan

Pulang dari kerja.

Hari ini hari Ahad yang bertarikh 23/1/2011, dan pada tarikh islamnya ialah 18 Safar 1432. Masa pun nak kena nyatakan jugak ka? Tak payah la.

Hari ni berangkatnya kawan aku ke Langkawi untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Akhirnya masanya sudah sampai. Tahniah!

Dia buat apa kat sana?

Dia pergi untuk menjadi seorang polis yang berjaya, berkhidmat untuk negara, dan menginginkan masa depan yang cerah. Amin!

Selepas ni aku kehilangan seorang kawan ketika suka dan duka. Nampaknya begitulah. Kawan - kawan yang lain masih ada, tapi terasa sedih pun ada sebab aku rapat dengannya.

" Woi Nasrul, hang kalau nak jadi polis biar jadi polis yang betul - betul! Jangan jadi taik sudah! Aku doakan semoga hang berjaya didunia dan akhirat! dan ingat sama orang yang selalu disisi hang! "

Selasa, Januari 11, 2011

sangat mudah mendapat wang

Anak : Ayah! abang nak rm10, nak beli barang sikit.
Ayah : Nah! jangan membazir sangat (sambil menghulur rm100).

Anak - anak sekarang tidak perlu bekerja pon tak apa, ibubapa banyak wang. Kalau nak, minta saja. Nak beli barang apa? beli baju? beli kasut? nah! rm100 ni.

Ibubapa baik? entahlah.

Mungkin disebabkan itulah anak - anak sekarang malas bekerja, membazir wang, dan merosakkan harta benda keluarga. Sesungguhnya mereka tidak merasa susahnya ingin mendapatkan wang.

Ada satu pepatah yang aku jumpa di tabloid "Cara untuk mengajar anak anda tentang wang adalah dengan anda tidak memiliki wang"

Dan jangan sesekali kita menjadi hamba wang, biarlah wang yang menjadi hamba kita.

Jumaat, Januari 07, 2011

hidangan pagi buta

Hari ini hujan sangat lebat, dari pagi hingga ke malam. Sungguh sejuk, macam dok kat luar negara la pulak.

Lapar.

Itulah yang selalu terjadi kat aku ketika sejuk. Lapar! lapar! lapar!

Tadi aku beli nasi bungkus ja, nasi putih, lauk pauknya cuma telur, limpa, dan ulam - ulaman beserta sambal belacan. Konon - kononnya ala - ala kampung, tak gitu?

Sekarang boleh la aku tidur dengan lebih khusyuk.

p/s: Sekarang pukul 2 pagi. Ada ka orang makan ulam dengan sambal waktu macam ni?