Isnin, Februari 21, 2011

masih malas untuk berjaya

Sudah hampir hujung bulan, apa perkembangan yang aku dah buat?

Ada duit? ada kereta? ada awek? ada bisnes sendiri? ada bla bla bla...

Arghh! Sudah lah, Aku keras kepala sangat ya! Aku boleh buat yang tu, aku boleh buat yang ni, last - last apa yang aku dah buat?! Apa pun takdak!

Hidup ni kena pandai mengatur strategi, macam kita main chess. Kalau tak reti alamak tak dapat la kita hidup dengan selesa.

Perancangan aku belum terlaksana lagi, masih dalam proses searching. Mengumpul maklumat dengan lebih jelas baru boleh mulakan. Sebenarnya bila - bila masa boleh dilaksanakan, tapi aku ni saja yang "malas".

Kadang - kadang aku terfikir, masa depan aku mesti gelap.

"Hendak seribu daya, takmau seribu dalih"

Khamis, Februari 10, 2011

selesai sudah membaiki

Aku kat cybercafe sekarang ni. Sebab apa?

Internet kat rumah aku kena potong, padan muka!

Ok, habis.

Hari ini siaplah satu kerja aku yang ditangguh - tangguh selama ni. Bukan ditangguh la, tapi kekurangan wang untuk disiapkan. Akhirnya selesai jugak.

Fuh! Lega.

Tapi kena try dulu bulan ni sebelum aku betul - betul puas hati. Nak pakai benda lama macam ni la jadinya, rosak sana, rosak sini, sini rosak, sana rosak?

p/s: Harijadi aku nak dekat dah.

Rabu, Februari 02, 2011

selamatkan pelajar Malaysia

Selsema, sakit kepala.

Hari ini perniagaan "slow" sikit, mungkin sebab Tahun Baru Cina kot. Orang pejabat kebanyakannya sudah cuti, ada yang kerja setengah hari. Yang hairan, orang cina yang nak raya, tapi orang melayu yang lebih - lebih.

Konsep Satu Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina.

Tamat.

Ok, sebenarnya aku nak cerita sikit pasal isu rakyat Mesir membuat rusuhan, sampaikan keluar perintah berkurung.

Kes teruk ni.

Aku baca dalam paper hari ini, rakyat Malaysia sekarang dalam ketakutan, keadaan sangat membimbangkan. Dengan banduan terlepas, macam - macam lagi la cerita yang buruk.

Apa - apa pun, aku harap semuanya akan selamat. Tentera Malaysia sekarang pun sudah bersedia untuk kesana.

Ya ALLAH, kau selamatkanlah mereka dari perkara yang tak diingini, Amin.

Isnin, Januari 31, 2011

aku ibarat lalang

aku lalang,
lalang yang melayang,
melayang - layang tanpa tujuan.

aku lalang,
lalang yang semakin hilang,
hilang dari kehidupan.

aku lalang,
lalang yang tiada penghujung,
penghujung setiap permulaan.

hakikatnya aku bukan lalang!

Ahad, Januari 23, 2011

perginya seorang kawan

Pulang dari kerja.

Hari ini hari Ahad yang bertarikh 23/1/2011, dan pada tarikh islamnya ialah 18 Safar 1432. Masa pun nak kena nyatakan jugak ka? Tak payah la.

Hari ni berangkatnya kawan aku ke Langkawi untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Akhirnya masanya sudah sampai. Tahniah!

Dia buat apa kat sana?

Dia pergi untuk menjadi seorang polis yang berjaya, berkhidmat untuk negara, dan menginginkan masa depan yang cerah. Amin!

Selepas ni aku kehilangan seorang kawan ketika suka dan duka. Nampaknya begitulah. Kawan - kawan yang lain masih ada, tapi terasa sedih pun ada sebab aku rapat dengannya.

" Woi Nasrul, hang kalau nak jadi polis biar jadi polis yang betul - betul! Jangan jadi taik sudah! Aku doakan semoga hang berjaya didunia dan akhirat! dan ingat sama orang yang selalu disisi hang! "

Selasa, Januari 11, 2011

sangat mudah mendapat wang

Anak : Ayah! abang nak rm10, nak beli barang sikit.
Ayah : Nah! jangan membazir sangat (sambil menghulur rm100).

Anak - anak sekarang tidak perlu bekerja pon tak apa, ibubapa banyak wang. Kalau nak, minta saja. Nak beli barang apa? beli baju? beli kasut? nah! rm100 ni.

Ibubapa baik? entahlah.

Mungkin disebabkan itulah anak - anak sekarang malas bekerja, membazir wang, dan merosakkan harta benda keluarga. Sesungguhnya mereka tidak merasa susahnya ingin mendapatkan wang.

Ada satu pepatah yang aku jumpa di tabloid "Cara untuk mengajar anak anda tentang wang adalah dengan anda tidak memiliki wang"

Dan jangan sesekali kita menjadi hamba wang, biarlah wang yang menjadi hamba kita.

Jumaat, Januari 07, 2011

hidangan pagi buta

Hari ini hujan sangat lebat, dari pagi hingga ke malam. Sungguh sejuk, macam dok kat luar negara la pulak.

Lapar.

Itulah yang selalu terjadi kat aku ketika sejuk. Lapar! lapar! lapar!

Tadi aku beli nasi bungkus ja, nasi putih, lauk pauknya cuma telur, limpa, dan ulam - ulaman beserta sambal belacan. Konon - kononnya ala - ala kampung, tak gitu?

Sekarang boleh la aku tidur dengan lebih khusyuk.

p/s: Sekarang pukul 2 pagi. Ada ka orang makan ulam dengan sambal waktu macam ni?

Selasa, Disember 28, 2010

tidak sihat

Panas, pening kepala, berpeluh, dan lemah.

Oh demam!

Aku cuti kerja hari ini disebabkan deman. Apa pon aku tak larat nak buat, kalau menulis boleh la. Yang pastinya aku tak suka situasi sebegini.

Harap - harap esok aku sihat seperti sediakala ooo.. la la la.

p/s: makan pil chit kit teck aun boleh baik dak? (gelak)

Isnin, Disember 27, 2010

tak suka jadi suka

Pulang dari kerja, terus aku meng "update" blog. Konon - kononnya takut pembaca blog marah la sebab tak update lama dah.

Macam la aku ada follower. Cis!

Ok. tadi ketika kerja, aku keseorangan membuat kerja. Macam biasa la, macam hari - hari aku dok selalu buat. Tapi bila datangnya pakcik tu, aku akan jadi kurang suka. Bermakna aku kurang senang la. Paham?

Hari ini. bila pakcik tu datang bersembang, melawak, aku jadi senang pulak. Tidak seperti yang sebelumnya. Entahlah kenapa dan mengapa.

Adakalanya orang yang kita tak suka boleh jadi suka. Macam situasi aku sekarang ni la.

Dapat? Ok. Aku nak keluar.

Khamis, Disember 23, 2010

lupa tajuk

Arghh! Lupa pulak!

Kadang - kadang kita selalu terlupa sesuatu perkara yang kita nak buat. Contohnya macam sekarang ni la.

Apa?

Aku lupa apa yang ingin aku taip di atas papan kekunci ni. Nak "refreshing" sebentar.

Ok. macam ni la.

Kita bersambung nanti pulak sebab otak ini masih "blurr" bak kata budak - budak sekarang.

Sori!

Isnin, Disember 20, 2010

mengeratkan silaturrahahim

Gatal, sedang menggaru.

Sudah.

Hujung tahun ni penuh dengan aktiviti sepertinya kenduri. Ada yang berkahwin, ada yang membuat majlis kesyukuran dan ada yang macam - macam majlis la.

Cerita lagi.

Aku ingin ceritakan tentang pengalaman aku ketika menjadi "mentara" masa kenduri rumah jiran aku kelmarin. Penat memang penat, letih memang letih, tapi seronok.

Apa yang seronoknya? Seronok sebab ramai "awek"? gelak.

Bukan itu saja, tapi aku seronok kerana selama aku hidup berjiran, jarang aku bercakap dengan jiran - jiran aku. Bukan bermakna aku sombong, tapi kurangnya berinteraksi. Tetapi pada hari kenduri, Alhamdulilah, aku bertegur sapa dengan jiran - jiran. Bergotong royong bersama - sama.

Itulah kelebihan jika kita betul - betul menghayati kenduri itu.

p/s: Selamat pengantin baru.

Khamis, Disember 02, 2010

kehidupan sebenar aku

Aku sudah membuat keputusan yang aku inginkan kehidupan seperti sekarang, aku mahukan kebebasan hidup, dan menikmati hidup ini dengan sepuas - puasnya. Masih banyak lagi yang perlu aku lakukan demi impian hidupku.

Banyak yang aku rancang untuk tempoh hidup aku di muka bumi ini, dan sekarang aku ingin laksanakan satu per satu.

Setiap apa yang aku lakukan adalah untuk memenuhi kehendak diri aku. Ianya satu kepuasan.

Aku tidak akan sesekali menjadi bukan diri aku yang sebenar!

Maafkan aku Oh Ayah dan Oh Ibu kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian.