Rabu, Ogos 07, 2013

nawaitu terakhir

Saat semua mengilai, aku dalam dilema. Gembirakah kepergian ini? atau hiba yang terukir? Aku bukanlah seorang yang padu untuk katakan hiba, dan aku juga tidak rela berkata gembira. Yang hadir pasti akan pulang, setiap permulaan pasti ada akhirnya.

Tapi dalam hidup kita, adalah 'permulaan belum berakhir'. Tuhan akan selalu ada setiap saat yang kita lalai. Walau kita sering berbuat celaka, Dia akan hiraukan kita. Rasa - rasa dalam diri kita ini semuanya adalah milik-Nya, yang dipinjamkan untuk kita tahu kewujudan Yang Maha Besar, dan berjalan kepada-Nya.

Alhamdulillah, aku masih ada mata, masih ada makan, masih tempat tinggal, masih diberi idea untuk menulis, masih ada kawan - kawan yang baik, masih ada semuanya. Yang paling agung adalah pemberian gelaran umat Muhammad S.A.W.

Untuk akhirnya, Selamat tinggal bulan Ramadhan yang barokah, dan Selamat Hari Raya buat semua dibawah naungan Allah S.W.T. Maaf Zahir dan Batin.

3 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ya Megat. Semoga sentiasa diberkati-Nya.

    BalasPadam
  2. selamat hari raya juga kepada yang jauh apatah lagi yang dekat.

    BalasPadam