Selasa, Mac 27, 2012

aku mahu jadi peniru yang bagus

"Hang ingat hang setai kot! Dok tiru pakai sama dengan aku!"

Pernah dengar ungkapan macam ni?

Aku pernah dilabel meniru gaya orang. Ya, memang, sebab aku suka dengan gaya tu kemudian aku tiru. Memang keinginan aku untuk menjadi seperti yang dilihat.

Kita dari kecil hinggalah remaja sebenarnya hidup dan belajar dalam keadaan meniru. Masa kita masih bayi, ibubapa kita selalu mengajar kita dengan berkata "mama". Akhirnya kita boleh sebut perkataan itu dengan meniru percakapan mereka. Dari tidak boleh berjalan sehinggalah boleh berjalan.

Semakin membesar kita semakin luas kita meniru. Dari segi pakaian, kehidupan, perangai seseorang, atau apa - apa saja yang kita suka. kita mengkaji dan belajar. Meniru juga boleh dikatakan sebagai pengaruh dalam kehidupan.

Jadi, kita semua sebenarnya sama. Setiap orang ada pengaruh yang tersendiri untuk ditiru.

Tidak perlulah untuk kita melabelkan seseorang itu meniru gaya kita, kerana hakikatnya kita juga meniru orang lain.

Dibuat ketika tingkatann 4.

4 ulasan:

  1. selagi kita tak meniru perkara yang jahat apa salahnya?

    btw,lawanya picture tu. thumbs up

    BalasPadam
  2. ya, benar. Meniru perkara yang positif ok la. Jangan meniru yang negatif. Terima kasih sudi mai singgah baca.

    BalasPadam
  3. penulisan awak menarik. kelihatan bersahaja. teruskan menulis.
    mungkin suatu hari awak bakal jadi mcm nizam sani.entry bersahaja tapi bermakna.

    http://nizamsani.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. terima kasih, sekadar mencuba untuk menulis dengan baik. blog tu menarik, ringkas. boleh belajar lagi disitu.

    BalasPadam