Ahad, September 25, 2011

aku dan pakcik yang tak dikenali

Petang yang terik.

Aku dan kawan menunggang motosikal. Seorang sebijik, lain - lain jenis. Dengan satu tujuan, iaitu menuju ke Pekan.

Lampu traffic light merah. Aku berhenti.

Aku betul - betul di barisan hadapan garisan jalan. Kawan aku pula tepat di kiri aku. Mata aku tajam memerhatikan lampu traffic light merah bertukar hijau. Tunggu dan terus menunggu.

Muka aku ditutup dengan visor helmet.

Seorang penunggang motosikal berhenti di sebelah kanan aku, jaraknya mungkin se-depa. Umurnya boleh dikategorikan sebagai pakcik. Dari caranya, pakaiannya, mungkin dia seorang pesara. Mungkin.

Aku terlihat sesuatu.

Lampu bertukar hijau. Kenderaan berpusu - pusu menuju ke destinasi masing - masing. Pakcik tu jugak, aku fikir. Aku lekas - lekas mengekorinya dengan satu tujuan yang terdetik di hati. Kawan aku terus ikut tanpa mengetahui perkara sebenar.

Aku terus mengekorinya.

Pakcik itu perasan kehadiran aku selepas ternampak aku di cermin sisinya yang cuma ada disebelah kanan motosikalnya. Dia semakin laju, tunggangannya juga sudah lain. Seperti dikejar anjing.

Pecut.

Aku teruskan mengekorinya. Semakin laju pakcik itu, selaju itu juga aku mengejarnya. Hingga tiba di satu selekoh simpang tiga. Tidak jauh dengan tempat mula - mula terserempak dengan pakcik tu.

Pakcik itu yang sudah kelihatan surrender memperlahankan motosikalnya. Aku rapat menghampiri, dan terus rapat hingga aku betul - betul berada di sebelah kanannya.

Matanya tajam merenung aku.

Aku yang juga sedikit sebanyak timbul perasaan takut dengan renungannya, menyelak visor yang menutup muka dan terus mengeluarkan kata - kata yang aku perapkan seketika dalam hati aku semasa berhenti di traffic light tadi.

Dengan jeritan yang dapat didengarinya untuk lebih meyakinkan pakcik itu.

"Pakcik! tongkat motor pakcik tak tutup!"


Keretapi Tanah Melayu

Ahad, September 11, 2011

persoalan yang sama setiap hari

Sekarang mungkin sukar untuk aku duduk semeja dengan mereka, dek kerna persoalan yang selalu diajukan untuk aku, setiap masa, setiap kali, hampir setiap hari. Aku sering mengelak dari bercakap tentang persoalan itu.

Persoalan yang berlainan, tetapi maksud yang sama.

Dulunya aku akan balas dengan kata - kata, tetapi sekarang aku sudah slow dengan tidak berkata - kata. Bagi aku itu lebih baik dari menyakiti hati mereka. Itu kata aku.

Aku minta maaf banyak - banyak kalian.

Sempena di bulan Syawal ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, halalkanlah makan minum aku selama ini, doakanlah anakmu ini semoga dimurahkan rezeki dan diberi masa depan yang cerah.

Khamis, September 01, 2011

aku mungkir janji

Aku masih mungkir janji aku pada tuhan, dosa semakin menjadi - jadi. Ini sudah masuk tahun ketiga.

Takbir raya bergema, aku masih dibuai, diasyikkan dengan lena.

Celakanya aku!

Tahun depan harap masih ada. Amin.

ps: Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kawan - kawan yang membaca dan yang belum baca.

Selasa, Ogos 16, 2011

abang berbaju kuning

Abang berbaju kuning itu rajin bekerja,
dengan lorinya atau hanya sewaan dia menaiki,
bekerja di malam yang gelap,
ditemani tempias cahaya lampu jalan,

Abang berbaju kuning itu bermandi peluh,
belakang lorinya ada banyak bendera,
berpuluh - puluh, mungkin beratus - ratus bendera,
setiap tiang dipasangnya bendera itu,
setiap tiang ada yang dua, ada yang satu,

Abang berbaju kuning itu tidak penat,
gigih menyiapkan kerjanya,
dia punyai semangat patriotik yang tinggi,
atau mungkin sekadar kerja,

Entahlah.

Yang pasti, aku masih dijajah lagi.


Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke - 54.

Sabtu, Ogos 06, 2011

masih lagi diberi peluang

Alhamdulilah.

Masih lagi aku diberi nafas. Masih lagi aku diberi kehidupan. Masih lagi aku diberi rezeki.

Masih lagi mempunyai keluarga, dan masih lagi mempunyai kawan - kawan yang sentiasa memberi sokongan.

Alhamdulilah sekali lagi.

Aku masih dapat menghidu Ramadhan pada tahun ini, dan sehingga ke hari ini. Aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T.


p/s: Mulut masih lagi pedas lepas berbuka puasa.

Selasa, Julai 26, 2011

diri tidak teratur

Sibuk dengan aktiviti harian lepas kerja, lari sana, lari sini. Tak sempat mandi. Badan sudah bau macam kambing. Tidur tak pernah cukup, tak pernah puas. Tuhan semakin jauh.

Letih dengan dunia.

Sempena bulan puasa yang bakal tiba, aku nak berehat dari segala aktiviti. Nak cukupkan tidur aku. Banyakkan beramal. Mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Amin.

Kawan - kawan, mari kita banyakkan beramal di bulan puasa ni.

Sayang hampa.

Selasa, Julai 19, 2011

entahlah

Entahlah.

Apa yang aku dah kecapi tahun ni? Pejam celik pejam celik dah nak puasa.

Entahlah.

Aku masih lagi disini, tangan kosong, perut kosong, jiwa kosong, masih berbogel - bogel. Tapi masih tak sedar yang diri ni dah bogel.

Entahlah.

Apa yang aku tulis ni pun aku tak tahu, betul - betul bingung.

Entahlah.


Selasa, Julai 05, 2011

harapan keluarga

Kelmarin, yang juga hari Isnin bersamaan 2 Shaaban 1432.

Bersama keluarga menghantar adik aku ke Politeknik Arau, Perlis. Rezeki dia dapat kat sana, Alhamdulilah. Aku tumpang gembira.

Apa yang aku harapkan, cuma dia menjadi orang yang berguna di suatu hari nanti. Jangan mengikut sifat aku yang enjoy ni.

Aaamiiinn.

Megat Khairulizwan dan Puteri Nazirah.

Rabu, Jun 29, 2011

berita buruk dan berita baik

"Aku tak boleh sambung belajar, takdak support"

kata - kata dari seorang kawan dengan nada yang sayu.

Aku bersimpati mendengarnya. Bersabar la kawan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mengeluh. Tarik nafas.

Dan satu lagi, berita yang baik. Kawan aku yang lagi seorang sudah diterima sebagai Tentera Udara. Alhamdulilah, Semoga Allah memberkati hidup semua kawan - kawanku.

Sabtu, Jun 11, 2011

tiada lagi rahsia

Kadang - kadang ada pernah kita sembunyikan sesuatu, dari seseorang. Sesuatu perkara, mungkin perasaan, mungkin rahsia, dan juga pelbagai mungkin.

Banyak sangat.

Dan bila sudah diketahui oleh seseorang tentang apa yang dipersembunyikan, sangatlah mendukacitakan.

Tetapi, dalam situasi aku sekarang ni, aku hanya mampu tersenyum malu.


Kantoi la pulak.
Keretapi Tanah Melayu, Kedah

Sabtu, Mei 28, 2011

namaku awang

Panggilan aku awang,
hidup di tengah kota,
merayau mencari rezeki,
aku tak suka mandi,
dikelilingi ramai kawan,
makan bersahaja,
kadang - kadang dipukul tanpa sebab,
jarang balik rumah,
jenis malu pada perempuan,
kencingku merata - rata,
tidurku di parking kereta.

Sekarang aku tidak lagi seperti dahulu,
mungkin sekarang lebih baik ,
atau mungkin tidak.

Selasa, Mei 17, 2011

sikap yang sukar dipadam

Hari ini, masih lagi aku punyai sikap racism yang mendalam. Tersangat dalam. Entah dari mana baru aku sedari, mungkin kelmarin, mungkin minggu lepas, mungkin tahun lepas.

Entahlah. Mengeluh.

Kenapa aku mesti simpan sikap racism? Mungin sebab persekitaran yang aku benci, orang sekeliling yang bersikap mementingkan diri sendiri. Suka menjatuhkan bangsa lain demi bangsa sendiri. Bangga bangsa sendiri!

Tersangat celaka!

Sukarnya untuk aku kikis sikap ini. Tapi aku akan cuba.Walaupun sikit - sikit, sekurang - kurangnya aku mencuba.

Maaf.