Tubuh badan rangga dibalut dengan kemeja berlengan panjang, dalamnya pula pagoda kegemarannya. Dan berseluar slek hitam. Kasutnya berkulit tidak bertali. Baginya, ia mudah dipakai dan mudah ditanggal. Yang duduk disebelah kanannya adalah pekerja yang membersihkan jalan. Tiga orang semuanya. Rasanya bukan warganegara. Mungkin. Kirinya pula seorang makcik yang sudah berumur. Berbaju kurung, bercorak bunga tradisional tempatan. Mereka semua termasuk rangga punya tujuan yang sama. Berlindung dari hujan yang lebat.
Rangga hanya melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Tiada sebarang perbualan berlaku. Kerana kebisingan titisan air hujan yang bertalu - talu menimpa bumbung. Kalau mahu dicakap juga, perlu menjerit - jerit supaya didengar (macam bercakap dengan orang pekak). Jadi semua memilih untuk diam.
Disinting bajunya hingga paras siku, dan Rangga duduk termenung melihat gelagat titisan air hujan yang jatuh ke bumi. Dikiranya titisan air hujan itu satu persatu, tetapi tidak terkejar bilangannya. Beribu - ribu titis yang jatuh dalam satu masa. Rangga kembali merenung.
Dan fikirannya melayang dari situ. Ditinggalkan batang tubuhnya tanpa pemandu. Dalam fikiran yang melayang itu, telah menimbulkan tanda tanya kepada Rangga. Rangga pun melayan fikiran. Kadang - kadangnya, dia juga malas untuk melayan. Tapi tanda tanya itu semuanya tentang dirinya. Atas alasan itulah yang membuatkan Rangga terus melayan fikiran.
"Apakah esok aku masih seperti hari ini?". Rangga tiada jawapan untuk itu. Dia bingung sama sekali. Rangga sendiri pun tidak percayakan dirinya sendiri. Mana mungkin dia mampu menjawab. Pertanyaan itu terusan berkeliaran di fikirannya.
Dia mulai sejuk. Rangga sudah kembali pada tubuhnya. Baru dia sedar yang dia sudah basah. Tempias titisan hujan yang sikit - sikit itu telah berjaya membasahkan separuh badan Rangga. Cepat - cepat dia lindungi beg sandangnya yang berisi maklumat dirinya agar tidak menerima nasib sepertinya.
Saat hujan renyai - renyai. Makcik disebelahnya tadi terus bangun dan pergi. Rangga yang tidak berfikir panjang, buat perkara yang sama. Dia menyarungkan helmet dan terus hidupkan mospeda. Dia nekad. Rangga tidak kisah tentang baju, seluar, sependa dan kasutnya yang basah. Di rumahnya, sudah disediakan sepasang untuk kecemasan.
selamat hari ayahanda dan ibunda
Beberapa perkara yang ditimbulkan dalam perihal ini; masa depan, kekuatan dan keberanian.
BalasPadamPada akhirnya, Rangga sudah tidak peduli sama apa-apa kerana dia sudah siapkan segala.
Hidup ini tercipta untuk kita harungi.
#sudah lama rasanya tak singga disini. hey apa khabar?
rasanya begitulah. "Rangga sendiri pun tidak percayakan dirinya sendiri".
BalasPadamDia perlukan masa, tetapi masa tidak mengizinkan untuk dia mencari. Dia nekad untuk terus redah.
#Alhamdulillah, aku masih diberi batang tubuh yang normal. Kau pula apa khabar? harapnya sihat - sihat. Lama benar menghilang.
Redah saja
BalasPadam"waktu itu jika ditunggu maka kita akan terlepas".
#Alhamdulillah, aku juga sihat. Hilang untuk uruskan hal-hal yang lainnya. *macam perdana menteri saja gaya sibuknya haha.
#kelihatan bahagia benar ayahanda dan bonda kau ya. selamat berbahagia untuk kalian semua. :)
jawapan kau sangat membuka hati Rangga, dia tak pernah terfikirkan jawapan itu. Terima kasih.
BalasPadam#harap - harap hal itu tidak membuang masa kau dengan begitu saja. Pasti ada hikmahnya.
#Alhamdulillah, ada naiknya, ada turunnya. Tapi semuanya okay.