Fasa persekolahan.
Ketika dalam tahun - tahun akhir. Di antara banyak - banyak pelajar, aku telah dipilih untuk menjadi orang harapan pada seorang guru. Harapan itu cuma pada mata-pelajaran yang guru itu ajar sahaja. Bukan keseluruhan. Dek kerana minat akan mata-pelajaran itu juga, aku terus berusaha untuk berjaya. Apa saja yang guru itu minta, akan aku lakukan.
Aku perasan rakan sekeliling mengatakan aku kaki bodek. Ya, sejujurnya begitulah.
Selepas tamatnya persekolahan, aku beroleh keputusan apa yang mereka harapkan. Walaupun mata-pelajaran yang lainnya tidak memberangsangkan, tetapi bersyukur tidak gagal. Aku telah diminta guru untuk terbang lebih tinggi agar pencapaian ini tidak menjadi sia - sia.
Disitu, aku terhenti seketika.
Fikiran aku waktu itu, seperti kepingan
puzzle yang sedang selerak bertaburan. Nak aku susun semula
puzzle, tapi tiada petunjuk untuk aku memandu. Keadaan semakin melarat. Dengan cara hidup aku yang tidak normal. Apa yang aku tahu, aku telah menghampakan mereka semua.
Hanya perkataan maaf dapat aku simpulkan.
Lepas perkara ini, aku lebih kepada berdiam diri. Segala harapan orang sekeliling untuk aku, aku tepis jauh - jauh. Jangan ada satu pun yang tersangkut pada aku.
Segala perbuatan aku dianggap berhasil, kerana sudah terdapat kata - kata dari manusia sekeliling, yang aku ni seorang yang tidak boleh diharap, atau lebih jujur tiada harapan.
Sebenarnya, tempat yang layak dan sepatutnya kita berharap adalah kepada tuhan. Aku hanyalah seorang hamba yang boleh kalian percaya, tetapi tidak boleh kalian yakin.
Percaya dan yakin, hanya pada tuhan.
Kamu semua jangan mengharap seratus peratus pada keupayaan aku yang memegang status hamba-Nya. Jadi atau tidak, itu adalah takdir dari Allah S.W.T.